ghuraba

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Sunday 6 September 2009
بسم الله الرحمن الرحيم


Dalam surah Al-Qadar ayat 1-5 ,

“Sesungguhnya kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapay mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.

Pada malam itu , malaikat jibril turun dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar.

Yakin kah kita bahawa kita akan diberikan peluang untuk bertemu Ramadhan di tahun hadapan?. Hanya Tuhan yang tahu. Oleh itu , marilah kita bersama-sama mengerahkan segala tenaga yang ada untuk sama-sama mencari Lailatul Qadar.

Kita telah dipermudahkan dengan mengetahui bahawa Lailatul Qadar berlaku didalam 10 malam terakhir . Bahkan di permudahkan lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w :

“Lailatul Qadar itu berlaku dalam bulan Ramadhan pada sepuluh malam yang akhir iaitu malam ke-21,ke-23,ke-25,ke-27,ke-29 atau malam terakhir Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat dengan niat yang ikhlas pasti diampunkan dosanya yang terdahulu dan kemudian “.

(direkodkan oleh Ahmad)

Marilah kita bersama-sama mengandakan lagi usaha kita dalam menuntut keredhaan Allah s.w.t didalam bulan suci ini. Betulkan niat kerana kita sedia maklum bahawa diterimanya sesuatu amal perbuatan itu bergantung kepada niat.

0 comments:

BUKU ON9

>>TARIKH <<

About Me

My Photo
........
Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
View my complete profile

FuiYoo..

FuiYoo..
Registration info .. mari-mari

PUISI 09

PUISI 09
Mari.. isi mengisi .. lihat melihat ..

MUSCOM

I LUv ISLAM

Followers

.. ManChester..

.. HarGai MAsA..

>>cakap-cakap<<


ShoutMix chat widget