ghuraba

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Friday 28 August 2009
بسم الله الرحمن الرحيم


Saja sekadar ingin menolong dan promote Fuiyoo neh , ni dia, segala macam exco and orang-orang yang terlibat .

Chief Executive Officer
Iqtidar Hasanan (City University, London)

Honourable Secretary 1
Nur Suhaila Zulkifli (Nottingham)

Honourable Secretary 2
Nur Fatin Nabihah binti Ismail (Nottingham)

Treasurer
Syafiqah Sulaiman (Bath)

Program Coordinator
Muhammad Firdaus Abdul Rahim (Nottingham)

Promotion Manager
Muhammad Huzaifah bin Abd Rashid (Head, Imperial College London)
Nur Syarafina Abd Aziz (RCSI Dublin)
Muhammad Nur Hishamuddin Yusof (Southampton)
Muhamad Shahridwan Ramli (Manchester)
Afif Satari (Leicester)
Muhammad Firdaus Abdul Rahim (Nottingham)
Mahfuzah Zainol (Cardiff)

Accommodation Manager
Salwa Iwani Abd Aziz (Leeds)

Hall manager
Mohamed Hanafi Bin Mohamed Desa (Leeds)

Chairperson
Muhammad Faisal Zulkifli (Nottingham)

Logistic Manager
Akmal Amri (Warwick)

Documentation
Muhammad Syakir Na’im Abdullah(Lancaster)

Registration Officer
Alia Salleh (Warwick)

Protocol Officer
Nur Deena Khalid (Surrey)

Special task
Nur Aqilah Nadzirah (Sheffield)

Kitchen Manager
Mahfuzah Zainol Abidin (Head Chef, Cardiff)
Nurul Atikah Abdul Hamid (Belfast)
Dayang Nurhadziah Abang Saufi (Cardiff)
Syafiqah Sulaiman (Bath)
Amni Safiah binti Abdul Halim (Newcastle)
Nur Khafizah (Sheffield)
Wan Syazzawani Wan Omar (Belfast)
Izzati Yussof (Cardiff)
Sesiapa nak join silakan !.. ada banyak lagi .. discover la sendiri .. ;)

Sunday 23 August 2009


بسم الله الرحمن الرحيم
Sepanjang dua hari , hujan membasahi bumi Langkawi dan hari ini sudah masuk hari ketiga . Semalam sempat jugak untuk bersiar-siar meninjau kawasan rendah yang sudah pasti ditenggelami air . Sawah padi kelihatan seperti laut , sungai sudah tidak mampu menanggung beban lagi . Terdapat beberapa kawasan dimana rumah-rumah ditenggelami air . Itu baru 2 hari hujan , terfikir sejenak bagaimana kalau seminggu ?. Alamatnya , tenggelam sudah kawasan-kawasan itu .

Jalan Ditutup dan kelihatan air sungai yang semakin naik dengan cepat .
Disebelah kanan itu sebenarnya pasar , tapi dah tenggelam ,
kelihatan air sahaja ..

Dengan kuasa tuhan yang maha Esa , tiada siapa sangka yang sungai yang dahulunya ibarat tali air sahaja secara tiba-tiba menanggung beban yang tidak tertanggungnya .

Sawah padi yang ditenggelami air

Mungkin hari ini akan menjadi lebih parah kerana hujan tidak menunjukkan tanda-tanda berhenti sejak subuh tadi lagi . Walaupun tidak lebat , tapi sikit-sikit lama-lama jadi bukit kan . Well, setiap perkara yang terjadi dan bakal terjadi terdapat hikmah yang tersembunyi . Ini lah kita , hamba yang tidak berkuasa , tiada apa yang boleh kita kawal sebenarnya , namun ada juga beberapa golongan hamba ini yang masih angkuh ! , masih tidak mahu menuruti syariat Allah ! . MAsih terleka dengan keindahan dunia !. Wallahuaqlam ...
Thursday 20 August 2009
بسم الله الرحمن الرحيم

Kedatangan Ramadan memang dinantikan semua umat Islam didunia , satu bulan yang penuh dengan barakah dan Allah s.w.t menjanjikan begitu banyak ganjaran didalam bulan ini.

Dan kedatangan bulan ini juga menandakan masa yang tinggal untuk berada di tanah air hampir berakhir . Kepulangan kali ini akan menjadi satu pengalaman berbeza. Kerana ketika kali pertama meninggalkan Malaysia dulu , perasaan yang sangat gembira kerana tidak tahu apa yang menanti di sana.

Namun begitu , keberangkatan kali ini terasa amat lain.Segala cabaran telah menanti disana , segala perancangan telah diatur, namun adakah semuanya akan terlaksana?. Dari satu aspek berlainan , adakah semua yang dirancang untuk percutian musim panas kali ini telah terlaksana ? adakah objektif yang telah kita setkan dan segala macam perkara yang ingin kita gapai juga terlaksana ?.

Inilah masanya untuk kita sama-sama muhasabah, secara teorinya semua seakan-akan indah. Semua perkara yang dirancang, semua objektif yang telah digariskan , semuanya indah-indah belaka . Realitinya , kita berhadapan dengan suasana atau biah yang berbeza sama sekali.

Dan ini memerlukan kepada penghasilan golongan-golongan yang mampu untuk mengadaptasikan diri mereka kedalam komuniti dan mampu untk menjadi tunjang kepada sesuatu gerakan atau pasukan.

Sebagai sebuah pasukan , kita seharusnya sentiasa meneliti dan mengamati segala apa yang telah kita lalui dan apakah tindakan seterusnya. Jikalau kita teliti , adakah kita akan terus menjadi anggota yang hanya maintain ditahap yang sama walaupun telah mendapat pendidikan selama suatu jangka masa ?.

Dan jangan kerana terlalu lali dan leka dengan suasana semasa , kita lupa matlamat yang abadi .. keredhaan Allah .Masih terdapat beberapa perkara yang bermain-main difikiran ini.For sure , semua perkara ada penyelesaiannya ... wallahua'lam ..

Wednesday 19 August 2009
بسم الله الرحمن الرحيم

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran , menjadi petunjuk bagi sekalian manusia , dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah “. Al-Baqarah :185


“Fuh , siap pun tutorial ni”, Bisik hati Adi . Tetapi riak mukanya berubah apabila melihat reminder yang ditampal di hadapanya kerana begitu banyak kerja yang masih belum terlaksana.

”adoiaaa, banyak lagi jugak yang tak siap ni , fuh , dugaan betul”, keluhan Adi berseorangan memecah kesunyian bilik itu. Tapi dia masih mampu tersenyum kepada sahabatnya yang secara tiba-tiba meluru masuk ke biliknya.

Dengan mengurut kedua belah bahu Adi , “ Oip, jom main badminton jap g . Nak ? “, soal Syahmi.

Adi yang masih mempunyai banyak homework tertunggak seakan-akan keberatan untuk menerima ajakan itu. Namun , dia masih bersetuju demi menjaga ukhwah dengan sahabat nya itu.

Kehidupan di perantauan memang menjadi satu cabaran kepada seorang muslim , tambahan pula hanya sahabat-sahabat yang akan menjadi tempat mengadu dan akan menjadi teman anda dalam apa jua keadaan.

Selepas selesai solat asar berjemaah , Din yang menjadi imam pada petang itu terus mengapai sebuah buku kecil di atasa rak dan menyelak beberapan halaman . Lalu dibacakan sepotong hadis :

“Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang ada pada Ramadan , pasti umatku mengharapkan pada tahun seluruhnya menjadi Ramadan “. Direkodkan oleh Ibnu khuzaimah dalam sahihnya.

Setelah bersiap, dua sahabat itu bergerak menuju ke bus stop yang mengambil masa 5 minit berjalan kaki.

“eh bus dah smpai !” , kata Syahmi . Dengan menggunakan kudrat yang ada , mereka berlari mengejar bus kerana bus di Manchester tidak menunggu lama.

Sepanjang perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5 minit , tetapi menjadi 15 minit kerana traffic light begitu pantas menukar warna .

Adi menyuarakan sesuatu kepada sahabatnya itu .

“Eh , tadi time Din baca hadis tu kan , baru aku sedar yang bulan puasa dah dekat la “, kata Adi

”Haa, betul-betul .. aku pun baru sedar .. dah la kali ni kita puasa kat sini.. lambat la bukak puasa nampaknya”, balas Syahmi dengan ketawa kecil.

“Tapi kan , tahun ini pasti berbeza bagi aku .. “, Adi merenung keluar tingkap.

“eh , asal lak?”, Syahmi ingin mendapatkan penjelasan .

“Sebab, kalu Ramadan yang lepas, aku melaluinya sebagai seorang muslim yang mendapat Islam dari keluarga dan hanya sekadar mengamalkan apa yang diamalkan oleh insan lain, tapi kali ini.. aku terasa seolah-olah aku telah menjadi seorang muslim yang baru .. bukan muslim yang hanya warisan keluarga .. aku seolah-olah telah tahu dan faham kenapa aku menganut agama Islam ..” jawab Adi dengan penuh jiwa dan raga.

“Haa, Alhamdulillah kalo begitu .. sebenarnya .. bukan ko sorang je yang rasa begitu .. ada banyak lagi orang diluar sana yang pernah lalui apa yang ko lalui ni “, tambah Syahmi.

“Eh dah sampai la pulak , jom-jom .. kali ini aku kita pasti menang ngan double veteran tu “, kata Syahmi dan dibalas dengan senyuman oleh Adi.

Sepanjang perjalanan itu , Adi merasakan yang Ramadan kali ini pasti berbeza dengan Ramadan yang lepas.Sedangkan aku juga pasti .. bahawa semua umat islam inginkan Ramadan yang terbaik dalam hidup mereka..

p/s : ini hanya rekaan semata-mata .. maaf kepada dua nama yang telah dipinjam ini.. haha
Tuesday 18 August 2009
بسم الله الرحمن الرحيم

Tatkala aku menulis entry kali ini , terdetik dihatiku mengenai apa yang tengah aku lakukan ini. Adakah benar aku berjaya mengapai objektif yang aku inginkan . Adakah penulisan ini bermakna dan mungkinkah semua ini akan dapat membantu aku dalam medan perjuangan ini? Sukar untuk dipastikan .

Tapi , bukan tujuan aku juga untuk menulis hanya sekadar untuk mengisi ruang-ruang kosong dengan perkataan ataupun hanya sekadar mengikut trend semasa golongan muda masa kini. Bagi aku , setiap penulis ada agenda yang hendak disampaikan dan setiap blog mempunyai identitinya yang unik .

Sebentar tadi ketika menonton Buletin Utama , tersiar berita mengenai statement yang dikeluarkan oleh TG Nik Aziz mengenai satu isu yang dimuatkan dimuka hadapan sebuah surat khabar hari ini. Cumanya , apa yang menarik perhatian aku ialah gesaan satu pihak kepada Majlis Fatwa Negara untuk mengeluarkan something so that everyone can use it to point their fingers to TG and perhaps blaming him or whatever . Sedangkan mereka hanya sekadar memejam mata apabila berhadapan dengan isu-isu yang sepatutnya Majlis Fatwa dah berkurun mengambil tindakan .

Tidak berniat untuk mengata atau membantah sesiapa , Cuma nya aku pasti bahawa semua rakyat yang berfikiran rasional sepatutnya sedar akan apa yang sedang berlaku .

Akan kita terima semua ini sebagai ujian dari Allah s.w.t .Jikalau kita lihat dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 . Allah s.w.t berfirman :

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,”Kami telah beriman “, dan mereka tidak diuji ?.

Dan sungguh , Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

Jiakalau kita renung kembali sejarah, setiap yang ingin membawa Islam pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan . Sunnahtullah perjuangan jika kita diuji kerana dengan itu akan membawa dan mendekatkan hati kita dengan Allah s.w.t . Lumrah manusia akan berpaling kepada yang lebih berkuasa ketika mengharung cabaran .

Teruskan usaha kepada para pejuangan agama , kerana kemenangan Islam itu pasti dan aku mengharapkan supaya dapat menjadi saksi kepada kemenangan itu .... inshaAllah.. kepada sahabat-sahabat sekalian , hargailah masa yang tinggal bersama keluarga sebaiknya ..

Monday 17 August 2009
"Tidak ada lagi wanita yang dapat melahirkan anak seperti Khalid bin Walid".-Saidina Abu Bakar as-Siddiq , Khalifah Islam Pertama .
بسم الله الرحمن الرحيم

Beberapa hari lepas aku berjaya menghabiskan sebuah novel sejarah pahlawan islam yang terkenal. Khalid Al-Walid , seorang panglima tentera Islam yang tersohor dengan keperibadian yang mantap serta kebijaksanaan dalam ketenteraan . Novel ini amat menarik dari segi penyusunan watak serta rantaian sirah yang rapi .Renung kembali , bagaimana dengan kita masa kini .. kebergantungan kita kepada Allah s.w.t semakin kurang .. Of course jangan dibandingkan semangat jihad.Adakah kita sanggup mengatakan " Kami mencintai syahid seperti mana kamu mencinntai hidup " ketika berhadapan dengan musuh kelak ?.




Kita memang patut bersedia kerana akan tiba masanya untuk kita berada dibarisan hadapan para pejuang Islam , tapi satu persoalan timbul .. cukup bersediakah kita ?.. dengan Islam warisan keluarga .. Hakikatnya , perlu diketahui mengapa kita menganut Islam dengan hati yang ikhlas.. bukan sekadar dapat dari keluarga ..

Aku kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan novel Sultan Muhammad Al-Fateh , brother tu lupa nak bawak . Tapi akan ku cuba dapatkan online ( yeah !). Pada pandangan aku , novel seperti ini patut diketengahkan ke dalam masyarakat especiall remaja . Tapi .. apakan daya , pandangan ini terkubur di page ini sahaja . Well , selamat menyambut ramadhan and salam satu Malaysia ( dengan nada pengacara TV di RTM 1 ) ..

Setelah berbulan-bulan kita berusaha , akan tetapi takdir Allah penentu segalanya . Agenda yang dirancang untuk kita laksanakan dengan niat mendapat keberkatan Allah s.w.t terpaksa dibatalakn. H1n1 , virus yang menjadi buah mulut hampir setiap manusia dimuka bumi pada masa kini. Ujian kali ini sungguh mendebarkan , tiada siapa mampu melarikan diri , tiada siapa mampu menyembunyikan diri dan tiada siapa mampu memastikan tidak dijangkiti ..

Demi memutuskan untuk membatalkan SOP disaat-saat akhir yang ternyata mengecewakan kebanyakan orang ( especially riak muka ajah malam meting tu ) , satu meting terpaksa kami lakukan ketika di MOC . Last2 , semua sepakat untuk cancel atas dasar mengutamakan program dimasa hadapan .


SOP dalam kenangan ( aku curik dari ajah )

Teringat ketika meting terakhir SOP untuk membincangkan what's next . Ajah telah menaip dengan detail mengenai meeting itu disini .. teruskan semnagat berpasukan wahai sahabat sekalian ! ..




Sekarang usia sudah mencapai 21 tahun , tapi apa yang telah aku lakukan kepada agamaku selama 20 tahun lebih hidup sebagai insan yang bergelar muslim . Satu soalan yang aku sendiri tertunduk bila memikirkannya . Kerana tidak banyak yang telah aku lakukan , tambahan pula dibelenggu dengan nafsu-nafsu dunia .

Aku bersyukur dengan anugerah terindah yang telah dikurniakan apabila aku terjaga dari buaian dunia ini yang sangat mengasyikkan . Tambahan pula aku tidak pernah keseorangan dalam jalan ini . Sahabat-sahabat yang senantiasa menyokong , dan bersama-sama mengharungi proses takwin yang semestinya sukar . Kerana bukan mudah untuk mematahkan godaan-godaan syaitan , bukan mudah untuk menundukkan jahiliyyah didalam diri ini . Ingin diucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang sama-sama terjaga dari buaian syahdu yang selama ini mengaburi mata dan menutup jalan kebenaran yang telah terbentang luas dihadapan kita semua ...

Ingatlah , proses pembentukan ini memerlukan kita untuk sentiasa mengingati-Nya . Kerana dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali . Hidayah yang dikurniakan kepada kita juga datang dari-Nya ..

Usah khuatir dengan cabaran duniawi , Allah s.w.t akan sentiasa memberikan kekuatan kepada hamba-Nya yang ingin berjuang dijalan-Nya . Dugaan itu juga adalah tarbiyyah dari Allah s.w.t . Ikhlaskan hatimu wahai sahabat , kuatkan langkahmu , mantapkan imanmu , tiada nikmat yang terindah selain dari rahmat Allah s.w.t . Pupuklah perasaan gementar didalam hati apabila disebut nama Allah dihadapanmu wahai sahabat . Firman Allah s.w.t

Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya” Surah AL-Nazi’at ayat 40-41 .

Renungkanlah kisah para sahabat Rasulullah yang telah menjadi saksi kebenaran dan kekuasaan Islam . Sedangkan sejarah membuktikan empayar Rom dan Parsi pernah tunduk kepada kekuasaan Islam dengan izin tuhan .. tidak mustahil .. kita akan gemilang kembali ! .. Janji Allah itu pasti ..

BUKU ON9

>>TARIKH <<

About Me

My Photo
........
Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
View my complete profile

FuiYoo..

FuiYoo..
Registration info .. mari-mari

PUISI 09

PUISI 09
Mari.. isi mengisi .. lihat melihat ..

MUSCOM

I LUv ISLAM

Followers

.. ManChester..

.. HarGai MAsA..

>>cakap-cakap<<


ShoutMix chat widget