ghuraba

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Friday 26 June 2009

Assalamualaikum ,

Pernah tgk cerita soal hati?.. hehe.. bukan nak bercerita mengenai kisah melayu yang dibintangi Afdlin tu , tapi ingin membicarakan soal hati yang sebenar-benarnya .
Sabda rasulullah saw,

"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada seketul daging, jika baik daging itu, baiklah manusia , jika jahat daging itu, jahatlah manusia. ketahuilah itulah HATI.

(Riwayat Bukhari & Muslim)

Sungguh , jikalau hati tidak diberi santapan rohani yang secukupnya maka bila gelaplah hati gelaplah segala-galanya . Firman Allah s.w.t :

“Demi roh (manusia) dan yang menjadikannya (Allah). Lalu diilhamkan Allah kepadanya mana yang buruk dan mana yang baik. Sesungguhnya mendapat kemenangan orang-orang yang membersihkan hatinya (baik hati) dan merugi (celaka) orang yang mengotorkan hatinya (jahat hati).” (As-Syamsy: 7-10)

InshaAllah , berdoalah kita supaya hati kita sentiasa bersih dan tidak dicemari tompok-tompok jahiliyyah . Tidak mustahil untuk kita membuang segala karat-karat jahil dalam diri ini, mulalah dengan hati kerana hati itu adalah raja kepada semua anggota kita . Tingkatkan amal kita, jauhi perkara-perkara maksiat kerana perkara yang sedemikian memadamkan nur Allah s.w.t dan dan yang penting , ISTIQAMAH ..





Thursday 25 June 2009
Assalamualikum ,

Dalam kita ingin berjuang dan mendidik serta mengajak ini , pasti ada antara kita yang akan terasa apabila setiap perbuatan kita dinilai dan dibandingkan . Tapi , cuba kita setkan .. biar segala usaha kita hanya Allah s.w.t yang akan menilai . Kalau macam tu , pasti kita akan terus berusaha dengan sebaik mungkin tanpa kita ragu-ragu..




Tidak dinafikan , memang sebagai insan yang lemah kita akan kadangkala terasa apabila ada yang menegur itu dan ini .. tapi Allah s.w.t suka untuk mendengar rintihan hamba-Nya .. memang kadang-kadang takdir menyakitkan . Tapi itu hanyalah bertujuan supaya maha pencipta dapat mendengar rintihan hamba-hambaNya .. dan pastinya you are not the only one yang merasakan begitu .. sesiapa sahaja pernah merasakan bahawa tiada kata-kata dapat diunggkapkan hanya titisan air mata sahaja yang menjadi bukti..

Bukan mudah untuk orang menerima kita dengan apa yang kita nak sampaikan , tapi usaha adalah segala-galanya . Selebihnya tawakkal kepada Allah s.w.t kerana naluri setiap insan untuk mengharap kepada yang lebih berkuasa dalam sesuatu perkara .

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:

ghuraba

“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]

Ketika islam mula-mula datang , macam-macam cemuhan dilemparkan kerana keasingan atau sesuatu yang baru akan tetapi membawa makna kedalam kehidupan masyarakat pada ketika itu .. kalau kita lihat kehidupan Rasulullah s.a.w .. ketika waktu malam .. akan diluangkan masa baginda untuk bersama-sama dengan Allah s.w.t .. inilah keperibadian kekasih Allah yang sepatutnya kita semua ikuti .. huhu..

So , semoga terus thabat ya wahai sahabat ..



Wednesday 24 June 2009

Assalamualaikum ,

Mungkin ada yang tertanya tanya .. kenapa orang suka tulis blog macam ni kan .. sebab kalu nak tulis benda-benda agama ni .. baca buku pun boleh .. ini pasti terlintas difikiran sesetengah orang .. well, it's not about showing or whatever .. it's about responsibility .. tanggungjawab yang berat yang perlu ditanggung .. memang tak semua orang boleh rasa apa yang orang lain rasa dan fikir .. tapi hidayah adalah hak Allah s.w.t ... mungkin masanya belum tiba lagi ..

Kadang-kadang termenung terfikir , mampukah aku nak terus mengajak dan mengajak ni kan .. tapi ini bukan soal boleh ke tak kalau aku tak buat .. tapi soal aku kena buat .. kerna firman Allah dalam surah Al-Muddassir : 2 " Bangunlah , lalu berilah peringatan !" .. kepada kawan-kawan ku diluar sana ..semua akan terasa betapa beratnya tanggungjawab ini bila tiba masanya .. bagi yang dah rasa tak kira bila .. inshaAllah kita sama-sama teruskan ..peringkat takwin memang akan memakan masa .. tetapi .. demi sebuah perjuangan yang kekal abadi inshaAllah ..




Haa.. ini lagu ada banyak makna .. dari Tazakka ..


Dunia indah di ciptakan menawan hati

Kadang menggoda
Jelita di pandang terasa harum
Semerbak mewangi bunga dunia

Mencinta tiada akhirnya
Merindu menjadi pilu
Mendamba entah pastinya
Terlena hampa sembilu

Wahai diri berapa lama lagi
Kau terus begini
Terus menghianati

Kapankah lagi
Engkau khan kembali
Berserah diri
Setulus sepenuh hati

Tundukan pandangan mata dan hatiku
Dari gemerlap dunia yang palsu memperdaya jiwa
Ku memohon kepadamu Yaa Rabbi
Selamatkanlah duniaku dan akhiratku yang pasti

Ampuni dosa khilafku
Dimasa laluku kini dan nanti

Sesungguhnya , Allah s.w.t MAha pengampun .. bertaubatlah ketika masih mempunyai masa .. mari sama-sama menuju cahaya ilahi ..

Tuesday 23 June 2009
Assalamualaikum, Wah2.. pasti ada antara kita yang tengah menikmati masa dengan keluarga dan tidak kurang juga yang bertemu sahabat-sahabat lama yang telah lama dirindui... sedikit singkapan.. Sirah telah membuktikan bahawa Islam pernah menjadi satu kekuatan yang gemilang suatu ketika dahulu. Tapi kekuatan pada masa itu datang dari kekuatan hubungan dengan Allah s.w.t dan kalau diteliti iman para sahabat yang hidup dikeliling Rasulullah , jauh bezanya hingga tidak dapat diungkap. Kekuatan ummah pada masa itu juga tidak mungkin kita perolehi dengan keadaaan ummah yang ada sekarang especially kalau di tanah air. Walaupun begitu , sebagai seorang individu , kita ada peranan kita tersendiri dalam era pembangunan Islam pada masa kini. Bangunkan dan sedarkan diri kita dahulu seiring dengan usaha kita untuk mengajak dan mendidik .

Sekarang ialah masa untuk kembali memahami dan mendalami asas-asas islam , Asas-asas kefahaman islam yang telah lama bercampur aduk dalam masyarakat kita .Sejauh mana kita menjaga solat kita?.. Kalau solat pun tidak terlaksana , tak malu ka kita untuk berdoa kepada-Nya meminta pertolongan dan keampunan ?.. dalam kitab suci Al-Quran surah Al-Ankabut : 45

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan ) keji dan mungkar".


maka tidak hairanlah kalau kita tengok berita dan naskah-naskah surat khabar tertera masalah-masalah sosial yang tidak sepatutnya ada dalam negara yang mengkonsider status negara islam. Tidak perlu selidik panjang-panjang , penyelesaian yang ada di depan mata.
Ikatan kita dengan tuhan sudah tidak kuat lagi , kerana kita tidak mengambil Islam itu secara menyeluruh. Agama pada sesetengah kita hanya bila kita berada disurau atau masjid atau menghadiri majlis-majlis agama. Sedangkan malaikat yang menulis segala amalan kita tidak hanya mencatat amalan kita pada ketika kita berada dalam rumah Allah semata-mata . Sesungguhnya setiap dasar syariat islam adalah bukan untuk menyusahkan. Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 6

"Allah tidak mahu menjadikan kamu menaggung kepayahan"

Tidak ada sesuatu perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak dalam Islam.Kesyumulan akhlak islam tidak akan pernah terpisah dari apa jua aspek kehidupan manusia.Sebenarnya , akhlak mempunyai kedudukan yang besar dalam Islam . Ada satu hadis Rasulullah s.a.w

"Wahai Rasulullah , apakah Ad-Din itu?. Baginda menjawab : Akhlak yang baik "


Ya Allah , janganlah engkau palingkan hati ini dari jalan-Mu .. mari sahabat-sahabatku .. kita sama-sama renung .. sudah cukup ke syarat untuk kita memenangkan Islam? .. sudah lepas ke kita dari tanggungjwab di muka bumi ini?..

Sungguh , onak duri itu bukan senang utk kita harungi , tapi kita bukan keseorangan dalam jalan ini .. seperti mana Rasulullah s.a.w bersama-sama sahabat-sahabat baginda .. kita juga ada sahabat-sahabat yang akan senantiasa bersama kita inshaAllah .. dan yang penting .. Allah akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan ..

Monday 22 June 2009
Assalamualaikum ..

Fuh, setelah 14 jam lebih perjalanan , selamat jugak tiba di rumah . Semua orang cuak bila aku balik .. haha.. sebab kecuakan kepada H1N1. Ketika dalam flight, kami dah berusaha macam2 untuk mengelak terkena demam atau selsema sebab banyak orang bersin dan tidak sihat ketika dalam flight dari MANCHESTER ke DUBAI .. di DUBAI sudah tentu lagi la banyak since disitu la tempat peralihan sebelum ke KL. Dari US dan sebagainya.

Tapi ketika dalam flight , rasa cuak itu hilang bila terpandang keangunggan ciptaan ilahi diluar tingkap kecil Boeing 777 itu. Kelihatan awan-awan terpaung-apung tanpa tali di bawah dan langit nan biru yang sungguh menyamankan. Thanks kepada insan yang wat online check-in tu, hehe sebab bagi tempat sebelah tingkap walaupun tersepit disitu but not bad la .

Well, apapun , cuti ini bukan sekadar cuti yang biasa bagi sesetengah orang. Proses tarbiyyah akan tetap dan mungkin akan lagi mantap berlangsung . Moga-moga akan dapat terlaksana
tanggungjawab dengan seadilnya kepada agama,diri dan keluarga . Kepada sahabat-sahabat .. sama-sama kita doa agar sentiasa berada dalam rahmat-Nya . Fuh , still kepenatan .. nanti la sambung balik ..
Tuesday 16 June 2009
Assalamualaikum ,


Dalam baki masa yang tinggal di Manchester ini untuk kali ini.. banyak dihabiskan dengan mengemas,membeli dan menziarah .. betul-betul tidak berkesempatan untuk menulis .. tapi inshaAllah , 2 hari lagi untuk kembali ke tanah air..

Akan tetapi , terasa cuak dan takut .. kerana mampukah aku melaksanakan taggungjawab yang sepatutnya aku mulakan bertahun lama dahulu .. tapi hidayah Allah yang punya .. ada hikmah yang tersirat disebalik semua ini .. BAgaimana untuk membiarkan semua orang tahu bahawa kita selama ini tidak memasuki islam secara menyeluruh?.. bahkan bagaimana hendak mengajak kaum kerabat kita untk sama-sama terjun ke medan juang ini?..

Ya Allah , besar nya tanggungjawab .. tapi aku yakin dengan janji Allah .. maka dengan itu .. tidak akan berpaling dari jalan ini ..inshaAllah .. fisrt of all .. telinga yang dekat dengan mulut yang bercakap adalah telingan sendiri .. so akan ku buang karat-karat jahil dalam diri ini .. agar dapat menjangkau tangga pertama .. individu muslim ..

Akan ada yang mempersoal , " dah 20 tahun .. cm mana nk buang ? " .. tapi kalau kita singkap rantaian sirah .. bila seorang sahabat mengunggkap .. tiada tuhan disembah melainkan Allah .. maka bermulalah kehidupan baru bagi mereka.. segala jahil dalam diri terus dibuang .. itulah iman para sahabat ..

Tapi , tak mustahil bagi kita seorang insan yang lemah untuk menjadi sebegitu .. Allah menilai usaha kita .. maka inshaAllah kita akan dapat apa yang kita usahakan ..

wallahuaqlam ..

Tuesday 9 June 2009
Assalamulaikum  , 

Tinggal beberapa hari saja lagi untuk menamatkan zaman first year di Manchester ni . Masa berlalu sangat-sangat pantas , tanpa sedar .. dah nak masuk second year yang crucial . Well, tak sabar nak balik cuti summer , tapi satu pertanyaan yang masih belum terungkai lagi .. adakah aku akan menjadi orang yang sama seperti mana aku sebelum datang ke sini?..

Itu lah jugak persoalan yang dibangkitkan ketika pertemuan kami didalam usrah seminggu lepas. Apa bezanya antara sekarang dan dahulu?.. well, honestly .. ada beza.. walaupun bagi sesetengah orang mungkin masih kurang jelas, tapi inshaAllah saat itu akan tiba bila dia dapat merasai bahawa betapa besarnya tanggungjawab di muka bumi ini..

Ketika di tanah air nanti , sudah pasti pelbagai program telah siap dirangka oleh setiap individu demi melatih dan mendidik diri agar menjadi golongan individu muslim yang sejati bagi mengapai tangga ketujuh dalam maratib amal yang digariskan oleh Imam Al-Banna. Pasti ada golongan masyarakat yang akan mempersoalkan , kenapa?.. kenapa kita melakukan semua ini?.. kenapa perlu berdakwah ?.. tak cukup ke kalau sorang je yang wat .. yang lain tak payah .. 

well, untuk menjawab semua persoalan itu bukan mudah bagi memastikan mereka faham apa yang ingin kita bawa disini .. tapi itu bukan penghalang kepada kita untuk terus dan terus dan terus berusaha .. mulalah dengan firman Allah dalam surah Al -Muddassir : 1 dan 2 

"Wahai orang yang berselimut ! " .. " Bangunlah , lalu berilah peringatan !"..

dan yang paling penting .. biar apa yang kita lakukan mendapat keredhaan Allah s.w.t .. kesemua apa yang ditulis disini hanya lah pandangan peribadi .. moga sahabat-sahabat yang berada dalam jalan juang ini akan terus thabat .. amin .. 

fuh , final paper sudah tiba .. tak sabar nk habeskan .. mahu balik .. ;p

Sunday 7 June 2009

tribUte to .. sahabat-sahabt yang nak balik dah .. nah amek ni ..

Ketika mula bertemu..
Terasa bagai telah lama bersua...
Kau sambut hulur tanganku...
Bertegur sapa penuh mesra...

Masa terus berlalu...
Dan kita tetap seiringan berjalan....
Menempuh onak liku...
Lalui semua suka dan duka bersama...

Biarlah apapun rahsia...
Dan kelemahanmu tetap engkau temanku....

Riangnya saat kita ketawa...
Asyik senda dan bercerita...
Walau sesekali pandangan kita berbeza..
Andainya tetap serupa...

Adakalanya kita juga saling terluka..
Namun di akhirnya kita tetap bersama...

Dan kini dipisahkan dua benua...
Saling mengejar cita...
Tak pernah kulupakan...
Detik yang indah bersamamu temanku...


Kupasti suatu masa...
Engkau dan aku kan bertemu semula..
Kembali menjalinkan detik nan indah..
Untuk kenangan bersama ..


Saturday 6 June 2009

24 jam sehari?.. cukup tak masa yang diperuntukan untuk kita bagi satu hari?.. ada orang cakap .. cukup .. dan tidak kurang juga yang menyatakan tidak pernah cukup kalau nak dibandingkan dengan apa yang kita perlu lakukan ..


Masa itu lagi berharga dari emas....

Kalau diteliti , sejauh manakah kita spend masa 24 jam itu dengan sebaik-baiknya ?.. dalam konteks baik disini bermaksud .. balance antara kita dengan Allah dan kita dengan dunia kita sendiri.. ayuh mari bersama-sama muhasabah sejenak..


Tolak masa kita mati sekejap iaitu dalam mungkin 6 jam ke atas sehari ( depends on people) .. tolak lagi masa kita study .. mungkin 5 jam sehari kot ... masa yang sepatutnya kita gunakan untuk bagi peringatan kepada insan lain .. tapi kita gunakan untuk layan internet .. masa yang sepatutnya kita gunakan untuk menambah ilmu didada tapi kita pusingkan untuk shopping and wayang .. tolak lagi masa kita makan and urus diri semua .. yang balance tu adalah masa kita dengan Allah s.w.t ke?.. hanya tuhan yang tahu.. sesungguhnya setiap masa yang terbuang akan disoal kembali dihadapan Allah kelak .. maka readylah untuk menjawab ..

Sejauh manakah kita sebagai seorang hamba mengatur masa yang diberikan oleh yang maha Esa ini dengan sebaik-baiknya seperti yang kita claim .. adakah betul-betul cukup masa yang kita spend untuk bermunajat kepada-Nya ?.. adakah hanya ketika kita solat?.. itu sudah dikira mencukupi bagi kita?..

Dan kalau dikira dari segi amalan , memang susah hendak dikatakan sejauh mana hubungan yang terjalin antara kita dan Allah s.w.t .. berapa banyak amalan-amalan sunat yang kita amalkan?.. Jikalau kita hanya ingat pada-Nya ketika kita dalam kesusahan ... maka istifarlah.. sesungguhnya Allah s.w.t telah menjanjikan balasan bagi setiap amalan yang kita lakukan ..

Oh terpaksa kembali bekerja , exam menanti 2 hari lagi .. doakan kejayaan semua!..MAsa itu ibarat pedang ..

Assalamualaikum wbt,

Tinggal 3 hari saja lagi untuk aku menamatkan zaman first year ini.. amboi cepat giler masa berlalu pejam celik dah nak balik ( waa tak sabar oo ) . Well, that is not the point here.

Ketika menonton news kat sky tv semalam, result menunjukkan parti conservative ( betul ke tak spelling ) semakin menjadi pilihan dan ini bermaksud masalah kepada pakcik brown.TApi itu hal di sini , kalau kita lihat hal ditanah air , tapi sebelum itu .. pasti ada diantara kita yang kurang senang bila masuk bab politik or yang sama waktu dengannya .. well, siasah is a part of islam .. kalau dulu pun diri yang menulis ini pun tak pernah nak ambik tahu.. tapi sekarang semua benda kena berubah kan ..

okeh , just nak cakap .. yang jikalau kita lihat ketika zaman kebangkitan Ikhwan Muslimin .. ketika zaman mereka belum menceburkan diri didalam politik , no one cares kan .. tidak ada sesiapa yang cuba untuk menghalang sekeras keras nya .. ini kerana mereka belum dilihat sebagai threat yang besar, tapi setelah ikhwan semakin mengembang dengan begitu jayanya ..
maka mulalah plot-plot untuk meruntuhkan suatu gerakan yang ingin menggembalikan maruah umat islam dimuka bumi ini... boleh baca dengan lanjut tentang ikhwan muslimin di web , sangat menarik dak menaikkan semangat ..

Perkara yang sama juga berlaku dimana-mana , sudah terang lagi bersuluh di tanah air sendiri..
tapi tidak mengapa, gerakan untuk mengembalikan islam ada dimana-mana .. sooner or later they will rise again as a big power like ikhwan Muslimin .. takbir!!. Dan peringatan untuk semua , adakah kita akan terus berada bersama-sama dengan mereka yang hanya mementingkan dunia dan segala-gala yang ada didalam nya .. atau kita akan memilih jalan juang yang telah dijanjikan oleh Allah s.w.t suatu nikmat yang tidak mampu dicoretkan dengan kata-kata?.. pilihlah sendiri wahai sahabat..

Post ini hanya bertujuan untuk mengisi ruangan masa yang ada sebelum zohor..
dan ingtalah ..

"Wahai orang-orang yang beriman! Jika kamu menolong (agama) Allah , niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" 47:7
Friday 5 June 2009

Petang tadi kami ahli usrah hamzah sempat bertemu ketika musim exams yang semua sedia tahu memang time agak limited.Kali ini berbeza sedikit , kerana kena menerima hakikat bahawa pertemuan tadi mungkin pertemuan terakhir antara kami semua. Naqib akan pulang for good next month , and kami menantikan apakah perancangan yang telah disajikan untuk next sem.

gambar hiasan..

Menyingkap kembali sejarah usrah yang betul-betul aku kenal sejak tiba di UK ni , memang satu pengalaman yang menakjubkan. Siapa sangka , sistem yang dinamakan usrah ini yang dahulunya digangga olehku sebagai salah satu aktiviti yang ingin dibawa oleh mana-mana exco kerohanian baik disekolah ataupun dikolej telah menjadi satu keperluan didalam hidup insan yang serba kekurangan ini...adakah usrah yang telah aku lalui selama lebih kurang 9 bulan ini

betul-betul meniggalkan kesan dalam diri ini?.. satu persoalan yang cuba diungkakan ketika usrah sebentar tadi .. tapi aku yakin, bahawa semua sahabat seperti aku yang belum pernah menerima atau melalui apa yang telah dilalui selama 9 bulan yang lepas pasti akan menjawab ya.. walaupun mungkin kesan yang ditinggalkan adalah tidak cukup untuk dizahirkan , tetapi apa yang pasti ialah , kesedaran telah diberikan , jalan dakwah telah terbentang dan tanggungjawab yang perlu dipikul .. demi meletakkan kembali Islam dipuncak tertinggi..

Rasulullah s.a.w bersabda " siapa yang dikehendaki Allah mendapat kebaikan , Allah akan memberikannya kefahaman dalam agama " Hadith riwayat Bukhari dan Muslim..
Takdir Allah untukku mendapat kesedaran ini setelah umurku mencapai 20 tahun , dan aku pasti masih ramai lagi diluar sana seperti aku yang ingginkan kesedaran. Mungkin masanya akan tiba , kerana bukan tugas kita untuk memberi hidayah sebaliknya kuasa yang Maha Esa .

UsraH HAmzaH .. di turki ni..

Sepanjang tempoh usrah untuk tahun pertama ini , setelah banyak program yang dilalui .. tiada yang kuharapkan selain keredhaan Allah s.w.t . Moga setiap perkara yang dilakukan akan mendapat kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t . Dan yang pasti, jalan juang masih jauh .. banyak lagi rintangan dan dugaan bakal ditempuh .. semuanya adalah tarbiyyah dari ALlah kepada hamba yang hina ini ..






Thursday 4 June 2009

Assalamualaikum ..

Fuh, exam semalam tidak sesenang yang disangkakan , bahkan susah .. hanya tuhan yang tahu betapa frustnya semalam .. tapi tidak mengapa .. pasti ada yang kurang dimana-mana. Mungkin hubungan seorang hamba ini dengan pencipta masih tidak lengkap ataupun hamba ini kurang melaksanakan perkara-perkara sunat yang dituntut.

Jikalau boleh dibuat renungan kisah Sultan Muhammad Al-Fatih, yang telah membuka kota konstantinople yang dikenali sebagai istanbul sekarang.. bagaimana sultan diajar dan didik oleh dua orang guru yang sangat hebat .. ketika saat hendak menunaikan solat jumaat..

baginda memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya bangun lalu bertanya .. “Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!”. Tiada seorang pun yang duduk, kerana tiada seorang pun yang pernah meniggalkan solat fardhu.Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!”. Sebahagian daripada tenteranya duduk.

Kemudian Baginda bertanya lagi, “Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!”. Akhirnya semua duduk kecuali Sultan Muhammad Al-Fatih , lihatlah ketinggian tahap hubungan baginda dengan Allah s.w.t . Jikalau soalan yang sama diajukan kepada kita pada hari ini.. sudah pasti ramai yang akan duduk pada soalan pertama.Mungkin inilah yang menjadi faktor kegagalan kita dalam sesetengah perkara. Hubungan dengan Allah kurang dijaga..




So, ingin menyeru kepada semua sahabat yang berada didalam jalan juang, ayuh perbaiki hubungan dengan Allah dan tidak juga lupa hubungan sesama makhluk ..


Wednesday 3 June 2009

Assalamualaikum ,

Petang tadi telah berjaya menempuh ujian exam yang agak tough. Sungguh benar, exam tadi antara yang menderitakan so far ( baru 2 paper ) dan telah berjaya menghilangkan semangat buat sementara waktu. Tapi itu semua adalah salah satu tarbiyyah dari Allah s.wt. Kita mestilah sentiasa ingat , bahawa didikan dari Allah boleh datang dalam pelbagai rupa dan keadaan. YAng pastinya , janganlah kita yang terputus ikatan dengan-Nya , adakah dengan kekecewaan kita akan membawa ketenangan didalam jiwa?.. adakah kekecewaan kita yang sementara ini akan membantu kita dalam jalan juang yang kita pilih?.. sedarlah sahabat-sahabatku yang turut sama-sama berjuang .. jangan jadikan kekecewaan dan kesedihan kita sebagai penghalang usaha kita untuk mengembalikan ISLAM di muka bumi ini.. MAri teruskan berusaha ! .. still have one last paper to go .. ini bukan masa untuk bersedih hati . janganlah engkau bersedih hati, sesunguhnya Allah bersama kita ..




JanGAn BerSedih ...




Tuesday 2 June 2009

Assalamualaikum

Diharapkan hari ini akan menjadi lebih baik dari semalam, moga-moga akan bertambah rezeki dan nikmat Allah s.w.t . Tepat jam 2 ptg , inshaAllah akan berlangsung exam untuk subjek CALCULUS AND APPLICATION , suatu subjek yang menarik since ada kira-kira kalau nak dibandingkan dengan dua lagi subjek yang basically just based on proof ataupun boleh juga diklasifikasikan sebagai .. 'buat karangan'.

Namun , CAL A bukan satu subjek yang mudah . Tambahan pula exam dicipta untuk menguji lagi menyusahkan.Setelah hampir 10 hari berusaha secara gigih moga-moga dengan setipa usaha itu akan mendapat keberkatan ilahi kerana walau banyak mana pun usaha, tanpa keberkatan .. no point.Masih teringat nasihat itu yang diterima daripada seorang sahabat pada suatu malam ketika sedang menelaah kepingan-kepingan nota.

Dan ketika musim exam ini la, banyak munculnya phrase seperti, "arghh..tensen" dan tidak kurang juga yang bersedih setelah segala usaha nampak seperti satu kegagalan. Tapi ingatlah, apa yang penting ialah kita berusaha, leave the rest to yang MAha Esa. Berkata-kata memang suatu perkara mudah, tapi mari kita sama-sama renung sebahagian daripada sepotong ayat dari kitab suci Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat ke 286;

'Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya '

So, jangan la kita bersedih hati dan berputus asa, kerana 'orang yang berputus asa dari rahmat Allah ialah orang-orang kafir' , surah yusuf ayat 87.

InshaAllah , moga apa yang kita semua perjuangkan dan moga apa yang kita semua usahakan .. akan mendapat keberkatan dari Allah s.w.t .. Ya Allah, janganlah engkau palingkan hati ini dari jalan-Mu .. Amin ..
Monday 1 June 2009

Huu.. pagi yang menyamankan .. syukur .. masih lagi dipanjangkan umur ini untuk berjuang dijalan Ilahi.. inshaAllah .. diharap kepada semua sahabat yang berjuang .. thabatlah dijalan juang ini. generasi ini ialah generasi harapan .. kembalikan dan tegakkan kembali agama suci ini..

Satu persoalan ringkas yang seringkali terlintas di fikiran sesiapa pun .. apakah perkara yang pasti dalam hidup ini?.. adakah ianya duit? atau kejayaankita ?mungkinkah kerjaya kita ? .. akan tetapi .. sesuatu yang betul-betul pasti ialah mati. Katakanlah kita kepada diri sendiri , apabila terjaga dari tidur ,bersyukurlah kepada Allah s.w.t dan sebelum orang lain menasihati kita .. nasihati lah diri sendiri terlebih dahulu .. katakanlah kepada diri kita .. wahai tubuh .. hari ini engkau makin hampir untuk bertemu dengan Allah .. wahai mata .. kamu akan nanti dihisab dihadapan Allah s.w.t .. awasi lah apa yang kamu lihat pada hari ini.. wahai tangan .. janganlah engkau memegang sesuatu yang diharamkan oleh Allah s.w.t.. kerana segala-galanya akan dihisab dihadapan Allah s.w.t .. sesungguhnya .. tiada siapa yang mampu terlepas dari seksaan neraka Allah s.w.t .. Syurga yang dijanjikan bukanlah suatu khayalan .. dan neraka yang tercipta menghimpun azab derita tangisan kesengsaraan insan .. orang yang bijak ialah orang yang sentiasa mengingati mati ..

BUKU ON9

>>TARIKH <<

About Me

My Photo
........
Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
View my complete profile

FuiYoo..

FuiYoo..
Registration info .. mari-mari

PUISI 09

PUISI 09
Mari.. isi mengisi .. lihat melihat ..

MUSCOM

I LUv ISLAM

Followers

.. ManChester..

.. HarGai MAsA..

>>cakap-cakap<<


ShoutMix chat widget