ghuraba

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Friday 24 July 2009

Assalamualaikum , sudah lama tidak berkesempatan untuk kembali ke page ini , agak sibuk dalam dua tiga minggu ini dengan beberapa event yang berlangsung dan akan mengambil tempat dalam seminggu lagi . Moga-m,oga usaha ini mendapat keberkatan Allah s.w.t .. amin ... Dalam meneliti arus kehidupan pada masa kini , dalam keadaan manusia berada di ambang kemajuan , dalam keadaan manusia berada diambang kesesatan , dan dalam keadaan manusia yang sentiasa digoda dengan godaan-godaan syaitan .. mampukah kita sebagai hamba Allah di muka bumi ini menanggung segala tanggungjawab dan amanah yang telah diwajibkan ke atas kita untuk dilaksanakan dalam apa jua keadaan ..


Jalan kita mungkin berbeza.. matlamat dan tujuan InshaAllah sama ..

Apakah matlamat kita ?.. matlamat perjuangan kita?.. matlamat perjuangan pasukan kita?.. itu antara persoalan-persoalan yang memerlukan jawapan dalam sesuatu pasukan .. Sesungguhnya Ikhlas itu penting dijalan dakwah , oleh yang demikian Imam Syahid HAssan Al-Banna telah menjadikannya satu rukun dari rukun-rukun bai'ah agar setiap Saudara MUslim membiasakan ikhlas dalam dirinya ..

Jika kita berhajat untuk membuangkan karat-karat jahiliyah dalam diri , kekosongan yang terhasil perlulah diimbangi dengan mengisi kebaikan .. Penyucian Jiwa ataupun Tazkiyatun-Nafs adalah keperluan setiap insan .. dan Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Syams : 9, 10

"Sungguh bahagia orang yang membersihkanya(jiwa), dan sungguh celakalah orang yang menipunya"

Dan antara perkara yang paling mencabar ialah .. Istiqamah .. mampukah nak menghadapi celaaan orang .. kerana apabila kita menceburkan diri dijalan ini,..rintangan-rintangan sudah pasti ada .. cukup matangkah kita untuk menghadapinya?.. tambahan pula ada diantara kita yang sama-sama berjuang tapi sering bertelagah antara satu sama lain .. Janganlah kita menghabiskan masa kiat yang sepatutnya digunakan bagi mengerah sepenuh tenaga untuk menyebarkan kebenaran dengan berbalah antara pasukan-pasukan yang mempunyai niat yang sama .. Allah s.w.t juga telah berfirman dalam surah al-Anfal : 46

"Dan taatilah Allah dan taatilah RasulNya , dan janganlah kamu berbalah-balah , maka kamu akan gagal dan kehilangan kekuatan kamu . Bersabarlah kamu , sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar "

Moga-moga setiap perkara yang kita lakukan akan mendapat keberkatan dari yang Maha Esa .. thabatlah wahai sahabat sekalian ! ..



Wednesday 15 July 2009

10 MUWASAFAT TARBIYAH ..


Ingin mendapatkan penjelasan lanjut?.. klik la di sini ..
Thursday 2 July 2009


Assalamualaikum ..

Haa, ada satu lagu dari kumpulan ape tah tajuk dia anugerah terindah . Boleh tahan la lagu tu .. tapi satu persoalan . Apakah anugerah terindah dalam diri anda?.. of course setiap orang akan memberikan jawapan dan pandangan yang berbeza .

Nikmat ISLAM dan IMAN sudah pasti akan senatiasa menjadi satu anugerah yang terindah bagi seorang muslim . Saat kita dilahirkan dan menemui dunia ini dengan laungan azan dan iqamah , sudah dijanjikan berbagai nikmat dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.. akan tetapi , ada insan yang tenggelam dalam nikmat lain .. nikmat duniawi yang penuh dengan tipu daya ..

Kuasa memberi hidayah hanya lah tertakluk kepada yang Esa .. bagi sesetengah orang .. anugerah terindah apabila saat dia berubah .. mendapat hidayah ilahi .. saat bermulalah satu kisah hidup yang dipenuhi dengan tarbiyah .. serta melatih diri seiring dengan niat menyampaikan kepada insan-insan yang masih terleka dan terlena dibuai arus duniawi ..

Umat Islam tidak akan berjaya selagi tidak kembali berpegang kepada Al-Quran dan Assunnah
sabda Rasulullah :

"Telah ku tinggalkan bagi kamu sekalian dua perkara , kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh dengan keduanya , iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya " ( Malik ) ..

Bagaimana keadaan kita sekarang? dalam suasana masyarakat yang bercampur aduk dengan segala amalan yang tidak tahu asal usul yang disangkan sunnah Rasul . Segala perkara-perkara ayng ditokok tambah dalam ibadah ..mungkinkah Islam yang kita anuti sekarang sudah tidak suci lagi ?.. nilailah dengan mata hati sendiri . tanpa ilmu yang sahih kita akan terus tenggelam dan tenggelam ..

BUKU ON9

>>TARIKH <<

About Me

My Photo
........
Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
View my complete profile

FuiYoo..

FuiYoo..
Registration info .. mari-mari

PUISI 09

PUISI 09
Mari.. isi mengisi .. lihat melihat ..

MUSCOM

I LUv ISLAM

Followers

.. ManChester..

.. HarGai MAsA..

>>cakap-cakap<<


ShoutMix chat widget