
Iqtidar Hasanan (City University, London)
Honourable Secretary 1
Nur Suhaila Zulkifli (Nottingham)
Honourable Secretary 2
Nur Fatin Nabihah binti Ismail (Nottingham)
Treasurer
Syafiqah Sulaiman (Bath)
Program Coordinator
Muhammad Firdaus Abdul Rahim (Nottingham)
Promotion Manager
Muhammad Huzaifah bin Abd Rashid (Head, Imperial College London)
Nur Syarafina Abd Aziz (RCSI Dublin)
Muhammad Nur Hishamuddin Yusof (Southampton)
Muhamad Shahridwan Ramli (Manchester)
Afif Satari (Leicester)
Muhammad Firdaus Abdul Rahim (Nottingham)
Mahfuzah Zainol (Cardiff)
Accommodation Manager
Salwa Iwani Abd Aziz (Leeds)
Hall manager
Mohamed Hanafi Bin Mohamed Desa (Leeds)
Chairperson
Muhammad Faisal Zulkifli (Nottingham)
Logistic Manager
Akmal Amri (Warwick)
Documentation
Muhammad Syakir Na’im Abdullah(Lancaster)
Registration Officer
Alia Salleh (Warwick)
Protocol Officer
Nur Deena Khalid (Surrey)
Special task
Nur Aqilah Nadzirah (Sheffield)
Kitchen Manager
Mahfuzah Zainol Abidin (Head Chef, Cardiff)
Nurul Atikah Abdul Hamid (Belfast)
Dayang Nurhadziah Abang Saufi (Cardiff)
Syafiqah Sulaiman (Bath)
Amni Safiah binti Abdul Halim (Newcastle)
Nur Khafizah (Sheffield)
Wan Syazzawani Wan Omar (Belfast)
Izzati Yussof (Cardiff)




“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran , menjadi petunjuk bagi sekalian manusia , dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah “. Al-Baqarah :185
“Fuh , siap pun tutorial ni”, Bisik hati Adi . Tetapi riak mukanya berubah apabila melihat reminder yang ditampal di hadapanya kerana begitu banyak kerja yang masih belum terlaksana.
”adoiaaa, banyak lagi jugak yang tak siap ni , fuh , dugaan betul”, keluhan Adi berseorangan memecah kesunyian bilik itu. Tapi dia masih mampu tersenyum kepada sahabatnya yang secara tiba-tiba meluru masuk ke biliknya.
Dengan mengurut kedua belah bahu Adi , “ Oip, jom main badminton jap g . Nak ? “, soal Syahmi.
Adi yang masih mempunyai banyak homework tertunggak seakan-akan keberatan untuk menerima ajakan itu. Namun , dia masih bersetuju demi menjaga ukhwah dengan sahabat nya itu.
Kehidupan di perantauan memang menjadi satu cabaran kepada seorang muslim , tambahan pula hanya sahabat-sahabat yang akan menjadi tempat mengadu dan akan menjadi teman anda dalam apa jua keadaan.
Selepas selesai solat asar berjemaah , Din yang menjadi imam pada petang itu terus mengapai sebuah buku kecil di atasa rak dan menyelak beberapan halaman . Lalu dibacakan sepotong hadis :
“Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang ada pada Ramadan , pasti umatku mengharapkan pada tahun seluruhnya menjadi Ramadan “. Direkodkan oleh Ibnu khuzaimah dalam sahihnya.
Setelah bersiap, dua sahabat itu bergerak menuju ke bus stop yang mengambil masa 5 minit berjalan kaki.
“eh bus dah smpai !” , kata Syahmi . Dengan menggunakan kudrat yang ada , mereka berlari mengejar bus kerana bus di Manchester tidak menunggu lama.
Sepanjang perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5 minit , tetapi menjadi 15 minit kerana traffic light begitu pantas menukar warna .
Adi menyuarakan sesuatu kepada sahabatnya itu .
“Eh , tadi time Din baca hadis tu kan , baru aku sedar yang bulan puasa dah dekat la “, kata Adi
”Haa, betul-betul .. aku pun baru sedar .. dah la kali ni kita puasa kat sini.. lambat la bukak puasa nampaknya”, balas Syahmi dengan ketawa kecil.
“Tapi kan , tahun ini pasti berbeza bagi aku .. “, Adi merenung keluar tingkap.
“eh , asal lak?”, Syahmi ingin mendapatkan penjelasan .
“Sebab, kalu Ramadan yang lepas, aku melaluinya sebagai seorang muslim yang mendapat Islam dari keluarga dan hanya sekadar mengamalkan apa yang diamalkan oleh insan lain, tapi kali ini.. aku terasa seolah-olah aku telah menjadi seorang muslim yang baru .. bukan muslim yang hanya warisan keluarga .. aku seolah-olah telah tahu dan faham kenapa aku menganut agama Islam ..” jawab Adi dengan penuh jiwa dan raga.
“Haa, Alhamdulillah kalo begitu .. sebenarnya .. bukan ko sorang je yang rasa begitu .. ada banyak lagi orang diluar sana yang pernah lalui apa yang ko lalui ni “, tambah Syahmi.
“Eh dah sampai la pulak , jom-jom .. kali ini aku kita pasti menang ngan double veteran tu “, kata Syahmi dan dibalas dengan senyuman oleh Adi.
Sepanjang perjalanan itu , Adi merasakan yang Ramadan kali ini pasti berbeza dengan Ramadan yang lepas.Sedangkan aku juga pasti .. bahawa semua umat islam inginkan Ramadan yang terbaik dalam hidup mereka..
Tapi , bukan tujuan aku juga untuk menulis hanya sekadar untuk mengisi ruang-ruang kosong dengan perkataan ataupun hanya sekadar mengikut trend semasa golongan muda masa kini. Bagi aku , setiap penulis ada agenda yang hendak disampaikan dan setiap blog mempunyai identitinya yang unik .
Sebentar tadi ketika menonton Buletin Utama , tersiar berita mengenai statement yang dikeluarkan oleh TG Nik Aziz mengenai satu isu yang dimuatkan dimuka hadapan sebuah surat khabar hari ini. Cumanya , apa yang menarik perhatian aku ialah gesaan satu pihak kepada Majlis Fatwa Negara untuk mengeluarkan something so that everyone can use it to point their fingers to TG and perhaps blaming him or whatever . Sedangkan mereka hanya sekadar memejam mata apabila berhadapan dengan isu-isu yang sepatutnya Majlis Fatwa dah berkurun mengambil tindakan .
Tidak berniat untuk mengata atau membantah sesiapa , Cuma nya aku pasti bahawa semua rakyat yang berfikiran rasional sepatutnya sedar akan apa yang sedang berlaku .
Akan kita terima semua ini sebagai ujian dari Allah s.w.t .Jikalau kita lihat dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 . Allah s.w.t berfirman :
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,”Kami telah beriman “, dan mereka tidak diuji ?.
Dan sungguh , Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
Jiakalau kita renung kembali sejarah, setiap yang ingin membawa Islam pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan . Sunnahtullah perjuangan jika kita diuji kerana dengan itu akan membawa dan mendekatkan hati kita dengan Allah s.w.t . Lumrah manusia akan berpaling kepada yang lebih berkuasa ketika mengharung cabaran .
Teruskan usaha kepada para pejuangan agama , kerana kemenangan Islam itu pasti dan aku mengharapkan supaya dapat menjadi saksi kepada kemenangan itu .... inshaAllah.. kepada sahabat-sahabat sekalian , hargailah masa yang tinggal bersama keluarga sebaiknya ..


Aku kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan novel Sultan Muhammad Al-Fateh , brother tu lupa nak bawak . Tapi akan ku cuba dapatkan online ( yeah !). Pada pandangan aku , novel seperti ini patut diketengahkan ke dalam masyarakat especiall remaja . Tapi .. apakan daya , pandangan ini terkubur di page ini sahaja . Well , selamat menyambut ramadhan and salam satu Malaysia ( dengan nada pengacara TV di RTM 1 ) ..

Demi memutuskan untuk membatalkan SOP disaat-saat akhir yang ternyata mengecewakan kebanyakan orang ( especially riak muka ajah malam meting tu ) , satu meting terpaksa kami lakukan ketika di MOC . Last2 , semua sepakat untuk cancel atas dasar mengutamakan program dimasa hadapan .

SOP dalam kenangan ( aku curik dari ajah )

Sekarang usia sudah mencapai 21 tahun , tapi apa yang telah aku lakukan kepada agamaku selama 20 tahun lebih hidup sebagai insan yang bergelar muslim . Satu soalan yang aku sendiri tertunduk bila memikirkannya . Kerana tidak banyak yang telah aku lakukan , tambahan pula dibelenggu dengan nafsu-nafsu dunia .
Aku bersyukur dengan anugerah terindah yang telah dikurniakan apabila aku terjaga dari buaian dunia ini yang sangat mengasyikkan . Tambahan pula aku tidak pernah keseorangan dalam jalan ini . Sahabat-sahabat yang senantiasa menyokong , dan bersama-sama mengharungi proses takwin yang semestinya sukar . Kerana bukan mudah untuk mematahkan godaan-godaan syaitan , bukan mudah untuk menundukkan jahiliyyah didalam diri ini . Ingin diucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang sama-sama terjaga dari buaian syahdu yang selama ini mengaburi mata dan menutup jalan kebenaran yang telah terbentang luas dihadapan kita semua ...
Ingatlah , proses pembentukan ini memerlukan kita untuk sentiasa mengingati-Nya . Kerana dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali . Hidayah yang dikurniakan kepada kita juga datang dari-Nya ..
Usah khuatir dengan cabaran duniawi , Allah s.w.t akan sentiasa memberikan kekuatan kepada hamba-Nya yang ingin berjuang dijalan-Nya . Dugaan itu juga adalah tarbiyyah dari Allah s.w.t . Ikhlaskan hatimu wahai sahabat , kuatkan langkahmu , mantapkan imanmu , tiada nikmat yang terindah selain dari rahmat Allah s.w.t . Pupuklah perasaan gementar didalam hati apabila disebut nama Allah dihadapanmu wahai sahabat . Firman Allah s.w.t
“Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya” Surah AL-Nazi’at ayat 40-41 .
Renungkanlah kisah para sahabat Rasulullah yang telah menjadi saksi kebenaran dan kekuasaan Islam . Sedangkan sejarah membuktikan empayar Rom dan Parsi pernah tunduk kepada kekuasaan Islam dengan izin tuhan .. tidak mustahil .. kita akan gemilang kembali ! .. Janji Allah itu pasti ..

- ........
- Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
-
COVID-19: Extended5 years ago
-
Forensic7 years ago
-
-
-
‘Ibrah Daripada PJJ9 years ago
-
-
Lose + Learn11 years ago
-
False neutrality12 years ago
-
-
Negara Tanpa Tentera13 years ago
-
Hadith 32 - Jangan memudaratkan13 years ago
-
Beauty of Dakwah13 years ago
-
-
-
-
Internship time!14 years ago
-
-
Kanashimi Wa Kitto14 years ago
-
Hectic life15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-