ghuraba

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Tuesday 18 August 2009
بسم الله الرحمن الرحيم

Tatkala aku menulis entry kali ini , terdetik dihatiku mengenai apa yang tengah aku lakukan ini. Adakah benar aku berjaya mengapai objektif yang aku inginkan . Adakah penulisan ini bermakna dan mungkinkah semua ini akan dapat membantu aku dalam medan perjuangan ini? Sukar untuk dipastikan .

Tapi , bukan tujuan aku juga untuk menulis hanya sekadar untuk mengisi ruang-ruang kosong dengan perkataan ataupun hanya sekadar mengikut trend semasa golongan muda masa kini. Bagi aku , setiap penulis ada agenda yang hendak disampaikan dan setiap blog mempunyai identitinya yang unik .

Sebentar tadi ketika menonton Buletin Utama , tersiar berita mengenai statement yang dikeluarkan oleh TG Nik Aziz mengenai satu isu yang dimuatkan dimuka hadapan sebuah surat khabar hari ini. Cumanya , apa yang menarik perhatian aku ialah gesaan satu pihak kepada Majlis Fatwa Negara untuk mengeluarkan something so that everyone can use it to point their fingers to TG and perhaps blaming him or whatever . Sedangkan mereka hanya sekadar memejam mata apabila berhadapan dengan isu-isu yang sepatutnya Majlis Fatwa dah berkurun mengambil tindakan .

Tidak berniat untuk mengata atau membantah sesiapa , Cuma nya aku pasti bahawa semua rakyat yang berfikiran rasional sepatutnya sedar akan apa yang sedang berlaku .

Akan kita terima semua ini sebagai ujian dari Allah s.w.t .Jikalau kita lihat dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 . Allah s.w.t berfirman :

Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,”Kami telah beriman “, dan mereka tidak diuji ?.

Dan sungguh , Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.

Jiakalau kita renung kembali sejarah, setiap yang ingin membawa Islam pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan . Sunnahtullah perjuangan jika kita diuji kerana dengan itu akan membawa dan mendekatkan hati kita dengan Allah s.w.t . Lumrah manusia akan berpaling kepada yang lebih berkuasa ketika mengharung cabaran .

Teruskan usaha kepada para pejuangan agama , kerana kemenangan Islam itu pasti dan aku mengharapkan supaya dapat menjadi saksi kepada kemenangan itu .... inshaAllah.. kepada sahabat-sahabat sekalian , hargailah masa yang tinggal bersama keluarga sebaiknya ..

1 comments:

notts said...

ada masalah ke bro?

BUKU ON9

>>TARIKH <<

About Me

My Photo
........
Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
View my complete profile

FuiYoo..

FuiYoo..
Registration info .. mari-mari

PUISI 09

PUISI 09
Mari.. isi mengisi .. lihat melihat ..

MUSCOM

I LUv ISLAM

Followers

.. ManChester..

.. HarGai MAsA..

>>cakap-cakap<<


ShoutMix chat widget