ghuraba

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Monday 17 August 2009


Sekarang usia sudah mencapai 21 tahun , tapi apa yang telah aku lakukan kepada agamaku selama 20 tahun lebih hidup sebagai insan yang bergelar muslim . Satu soalan yang aku sendiri tertunduk bila memikirkannya . Kerana tidak banyak yang telah aku lakukan , tambahan pula dibelenggu dengan nafsu-nafsu dunia .

Aku bersyukur dengan anugerah terindah yang telah dikurniakan apabila aku terjaga dari buaian dunia ini yang sangat mengasyikkan . Tambahan pula aku tidak pernah keseorangan dalam jalan ini . Sahabat-sahabat yang senantiasa menyokong , dan bersama-sama mengharungi proses takwin yang semestinya sukar . Kerana bukan mudah untuk mematahkan godaan-godaan syaitan , bukan mudah untuk menundukkan jahiliyyah didalam diri ini . Ingin diucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang sama-sama terjaga dari buaian syahdu yang selama ini mengaburi mata dan menutup jalan kebenaran yang telah terbentang luas dihadapan kita semua ...

Ingatlah , proses pembentukan ini memerlukan kita untuk sentiasa mengingati-Nya . Kerana dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali . Hidayah yang dikurniakan kepada kita juga datang dari-Nya ..

Usah khuatir dengan cabaran duniawi , Allah s.w.t akan sentiasa memberikan kekuatan kepada hamba-Nya yang ingin berjuang dijalan-Nya . Dugaan itu juga adalah tarbiyyah dari Allah s.w.t . Ikhlaskan hatimu wahai sahabat , kuatkan langkahmu , mantapkan imanmu , tiada nikmat yang terindah selain dari rahmat Allah s.w.t . Pupuklah perasaan gementar didalam hati apabila disebut nama Allah dihadapanmu wahai sahabat . Firman Allah s.w.t

Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya” Surah AL-Nazi’at ayat 40-41 .

Renungkanlah kisah para sahabat Rasulullah yang telah menjadi saksi kebenaran dan kekuasaan Islam . Sedangkan sejarah membuktikan empayar Rom dan Parsi pernah tunduk kepada kekuasaan Islam dengan izin tuhan .. tidak mustahil .. kita akan gemilang kembali ! .. Janji Allah itu pasti ..

1 comments:

farah eliza said...

perjuangan ini menuntut pengorbanan.

tepat skali. meaningful entry =)

BUKU ON9

>>TARIKH <<

About Me

My Photo
........
Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
View my complete profile

FuiYoo..

FuiYoo..
Registration info .. mari-mari

PUISI 09

PUISI 09
Mari.. isi mengisi .. lihat melihat ..

MUSCOM

I LUv ISLAM

Followers

.. ManChester..

.. HarGai MAsA..

>>cakap-cakap<<


ShoutMix chat widget