ghuraba

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Thursday 20 August 2009
بسم الله الرحمن الرحيم

Kedatangan Ramadan memang dinantikan semua umat Islam didunia , satu bulan yang penuh dengan barakah dan Allah s.w.t menjanjikan begitu banyak ganjaran didalam bulan ini.

Dan kedatangan bulan ini juga menandakan masa yang tinggal untuk berada di tanah air hampir berakhir . Kepulangan kali ini akan menjadi satu pengalaman berbeza. Kerana ketika kali pertama meninggalkan Malaysia dulu , perasaan yang sangat gembira kerana tidak tahu apa yang menanti di sana.

Namun begitu , keberangkatan kali ini terasa amat lain.Segala cabaran telah menanti disana , segala perancangan telah diatur, namun adakah semuanya akan terlaksana?. Dari satu aspek berlainan , adakah semua yang dirancang untuk percutian musim panas kali ini telah terlaksana ? adakah objektif yang telah kita setkan dan segala macam perkara yang ingin kita gapai juga terlaksana ?.

Inilah masanya untuk kita sama-sama muhasabah, secara teorinya semua seakan-akan indah. Semua perkara yang dirancang, semua objektif yang telah digariskan , semuanya indah-indah belaka . Realitinya , kita berhadapan dengan suasana atau biah yang berbeza sama sekali.

Dan ini memerlukan kepada penghasilan golongan-golongan yang mampu untuk mengadaptasikan diri mereka kedalam komuniti dan mampu untk menjadi tunjang kepada sesuatu gerakan atau pasukan.

Sebagai sebuah pasukan , kita seharusnya sentiasa meneliti dan mengamati segala apa yang telah kita lalui dan apakah tindakan seterusnya. Jikalau kita teliti , adakah kita akan terus menjadi anggota yang hanya maintain ditahap yang sama walaupun telah mendapat pendidikan selama suatu jangka masa ?.

Dan jangan kerana terlalu lali dan leka dengan suasana semasa , kita lupa matlamat yang abadi .. keredhaan Allah .Masih terdapat beberapa perkara yang bermain-main difikiran ini.For sure , semua perkara ada penyelesaiannya ... wallahua'lam ..

0 comments:

BUKU ON9

>>TARIKH <<

About Me

My Photo
........
Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
View my complete profile

FuiYoo..

FuiYoo..
Registration info .. mari-mari

PUISI 09

PUISI 09
Mari.. isi mengisi .. lihat melihat ..

MUSCOM

I LUv ISLAM

Followers

.. ManChester..

.. HarGai MAsA..

>>cakap-cakap<<


ShoutMix chat widget