ghuraba

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Wednesday 19 August 2009
بسم الله الرحمن الرحيم

“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran , menjadi petunjuk bagi sekalian manusia , dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah “. Al-Baqarah :185


“Fuh , siap pun tutorial ni”, Bisik hati Adi . Tetapi riak mukanya berubah apabila melihat reminder yang ditampal di hadapanya kerana begitu banyak kerja yang masih belum terlaksana.

”adoiaaa, banyak lagi jugak yang tak siap ni , fuh , dugaan betul”, keluhan Adi berseorangan memecah kesunyian bilik itu. Tapi dia masih mampu tersenyum kepada sahabatnya yang secara tiba-tiba meluru masuk ke biliknya.

Dengan mengurut kedua belah bahu Adi , “ Oip, jom main badminton jap g . Nak ? “, soal Syahmi.

Adi yang masih mempunyai banyak homework tertunggak seakan-akan keberatan untuk menerima ajakan itu. Namun , dia masih bersetuju demi menjaga ukhwah dengan sahabat nya itu.

Kehidupan di perantauan memang menjadi satu cabaran kepada seorang muslim , tambahan pula hanya sahabat-sahabat yang akan menjadi tempat mengadu dan akan menjadi teman anda dalam apa jua keadaan.

Selepas selesai solat asar berjemaah , Din yang menjadi imam pada petang itu terus mengapai sebuah buku kecil di atasa rak dan menyelak beberapan halaman . Lalu dibacakan sepotong hadis :

“Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang ada pada Ramadan , pasti umatku mengharapkan pada tahun seluruhnya menjadi Ramadan “. Direkodkan oleh Ibnu khuzaimah dalam sahihnya.

Setelah bersiap, dua sahabat itu bergerak menuju ke bus stop yang mengambil masa 5 minit berjalan kaki.

“eh bus dah smpai !” , kata Syahmi . Dengan menggunakan kudrat yang ada , mereka berlari mengejar bus kerana bus di Manchester tidak menunggu lama.

Sepanjang perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5 minit , tetapi menjadi 15 minit kerana traffic light begitu pantas menukar warna .

Adi menyuarakan sesuatu kepada sahabatnya itu .

“Eh , tadi time Din baca hadis tu kan , baru aku sedar yang bulan puasa dah dekat la “, kata Adi

”Haa, betul-betul .. aku pun baru sedar .. dah la kali ni kita puasa kat sini.. lambat la bukak puasa nampaknya”, balas Syahmi dengan ketawa kecil.

“Tapi kan , tahun ini pasti berbeza bagi aku .. “, Adi merenung keluar tingkap.

“eh , asal lak?”, Syahmi ingin mendapatkan penjelasan .

“Sebab, kalu Ramadan yang lepas, aku melaluinya sebagai seorang muslim yang mendapat Islam dari keluarga dan hanya sekadar mengamalkan apa yang diamalkan oleh insan lain, tapi kali ini.. aku terasa seolah-olah aku telah menjadi seorang muslim yang baru .. bukan muslim yang hanya warisan keluarga .. aku seolah-olah telah tahu dan faham kenapa aku menganut agama Islam ..” jawab Adi dengan penuh jiwa dan raga.

“Haa, Alhamdulillah kalo begitu .. sebenarnya .. bukan ko sorang je yang rasa begitu .. ada banyak lagi orang diluar sana yang pernah lalui apa yang ko lalui ni “, tambah Syahmi.

“Eh dah sampai la pulak , jom-jom .. kali ini aku kita pasti menang ngan double veteran tu “, kata Syahmi dan dibalas dengan senyuman oleh Adi.

Sepanjang perjalanan itu , Adi merasakan yang Ramadan kali ini pasti berbeza dengan Ramadan yang lepas.Sedangkan aku juga pasti .. bahawa semua umat islam inginkan Ramadan yang terbaik dalam hidup mereka..

p/s : ini hanya rekaan semata-mata .. maaf kepada dua nama yang telah dipinjam ini.. haha

5 comments:

eja said...

adi tu kau kan? hehe

........ said...

haha.. adi tu .. kawan aku.. ngeh2.. pinjam name dy jerk..

firdaus said...

macam drama filem da...

........ said...

haha... hanya rekaan semata-mata ..

Amirul Asyraf said...

anam...selamat berpuasa....

BUKU ON9

>>TARIKH <<

About Me

My Photo
........
Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
View my complete profile

FuiYoo..

FuiYoo..
Registration info .. mari-mari

PUISI 09

PUISI 09
Mari.. isi mengisi .. lihat melihat ..

MUSCOM

I LUv ISLAM

Followers

.. ManChester..

.. HarGai MAsA..

>>cakap-cakap<<


ShoutMix chat widget