ghuraba

“Islam itu bermula sebagai sesuatu yang dipandang ganjil. Dan ia akan kembali dipandang ganjil sebagaimana ia bermula. Maka beruntunglah orang-orang yang dipandang ganjil (kerana Islamnya mereka)” [Hadith riwayat Muslim]

Tuesday 23 June 2009
Assalamualaikum, Wah2.. pasti ada antara kita yang tengah menikmati masa dengan keluarga dan tidak kurang juga yang bertemu sahabat-sahabat lama yang telah lama dirindui... sedikit singkapan.. Sirah telah membuktikan bahawa Islam pernah menjadi satu kekuatan yang gemilang suatu ketika dahulu. Tapi kekuatan pada masa itu datang dari kekuatan hubungan dengan Allah s.w.t dan kalau diteliti iman para sahabat yang hidup dikeliling Rasulullah , jauh bezanya hingga tidak dapat diungkap. Kekuatan ummah pada masa itu juga tidak mungkin kita perolehi dengan keadaaan ummah yang ada sekarang especially kalau di tanah air. Walaupun begitu , sebagai seorang individu , kita ada peranan kita tersendiri dalam era pembangunan Islam pada masa kini. Bangunkan dan sedarkan diri kita dahulu seiring dengan usaha kita untuk mengajak dan mendidik .

Sekarang ialah masa untuk kembali memahami dan mendalami asas-asas islam , Asas-asas kefahaman islam yang telah lama bercampur aduk dalam masyarakat kita .Sejauh mana kita menjaga solat kita?.. Kalau solat pun tidak terlaksana , tak malu ka kita untuk berdoa kepada-Nya meminta pertolongan dan keampunan ?.. dalam kitab suci Al-Quran surah Al-Ankabut : 45

"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan ) keji dan mungkar".


maka tidak hairanlah kalau kita tengok berita dan naskah-naskah surat khabar tertera masalah-masalah sosial yang tidak sepatutnya ada dalam negara yang mengkonsider status negara islam. Tidak perlu selidik panjang-panjang , penyelesaian yang ada di depan mata.
Ikatan kita dengan tuhan sudah tidak kuat lagi , kerana kita tidak mengambil Islam itu secara menyeluruh. Agama pada sesetengah kita hanya bila kita berada disurau atau masjid atau menghadiri majlis-majlis agama. Sedangkan malaikat yang menulis segala amalan kita tidak hanya mencatat amalan kita pada ketika kita berada dalam rumah Allah semata-mata . Sesungguhnya setiap dasar syariat islam adalah bukan untuk menyusahkan. Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 6

"Allah tidak mahu menjadikan kamu menaggung kepayahan"

Tidak ada sesuatu perbuatan manusia yang terkeluar dan tidak diatur oleh peraturan akhlak dalam Islam.Kesyumulan akhlak islam tidak akan pernah terpisah dari apa jua aspek kehidupan manusia.Sebenarnya , akhlak mempunyai kedudukan yang besar dalam Islam . Ada satu hadis Rasulullah s.a.w

"Wahai Rasulullah , apakah Ad-Din itu?. Baginda menjawab : Akhlak yang baik "


Ya Allah , janganlah engkau palingkan hati ini dari jalan-Mu .. mari sahabat-sahabatku .. kita sama-sama renung .. sudah cukup ke syarat untuk kita memenangkan Islam? .. sudah lepas ke kita dari tanggungjwab di muka bumi ini?..

Sungguh , onak duri itu bukan senang utk kita harungi , tapi kita bukan keseorangan dalam jalan ini .. seperti mana Rasulullah s.a.w bersama-sama sahabat-sahabat baginda .. kita juga ada sahabat-sahabat yang akan senantiasa bersama kita inshaAllah .. dan yang penting .. Allah akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan ..

0 comments:

BUKU ON9

>>TARIKH <<

About Me

My Photo
........
Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
View my complete profile

FuiYoo..

FuiYoo..
Registration info .. mari-mari

PUISI 09

PUISI 09
Mari.. isi mengisi .. lihat melihat ..

MUSCOM

I LUv ISLAM

Followers

.. ManChester..

.. HarGai MAsA..

>>cakap-cakap<<


ShoutMix chat widget