
“Sesungguhnya kami menurunkan (al-Quran) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan apa jalannya engkau dapay mengetahui apa dia kebesaran malam Lailatul Qadar itu?Malam Lailatul Qadar lebih baik daripada seribu bulan.
Pada malam itu , malaikat jibril turun dengan izin Tuhan mereka dengan membawa segala perkara (yang ditakdirkan berlakunya pada tahun yang berikut). Sejahteralah malam itu sehingga terbit fajar.
Kita telah dipermudahkan dengan mengetahui bahawa Lailatul Qadar berlaku didalam 10 malam terakhir . Bahkan di permudahkan lagi dengan hadis Rasulullah s.a.w :
“Lailatul Qadar itu berlaku dalam bulan Ramadhan pada sepuluh malam yang akhir iaitu malam ke-21,ke-23,ke-25,ke-27,ke-29 atau malam terakhir Ramadhan. Sesiapa yang bangun beribadat dengan niat yang ikhlas pasti diampunkan dosanya yang terdahulu dan kemudian “.
(direkodkan oleh Ahmad)
Marilah kita bersama-sama mengandakan lagi usaha kita dalam menuntut keredhaan Allah s.w.t didalam bulan suci ini. Betulkan niat kerana kita sedia maklum bahawa diterimanya sesuatu amal perbuatan itu bergantung kepada niat.

Iqtidar Hasanan (City University, London)
Honourable Secretary 1
Nur Suhaila Zulkifli (Nottingham)
Honourable Secretary 2
Nur Fatin Nabihah binti Ismail (Nottingham)
Treasurer
Syafiqah Sulaiman (Bath)
Program Coordinator
Muhammad Firdaus Abdul Rahim (Nottingham)
Promotion Manager
Muhammad Huzaifah bin Abd Rashid (Head, Imperial College London)
Nur Syarafina Abd Aziz (RCSI Dublin)
Muhammad Nur Hishamuddin Yusof (Southampton)
Muhamad Shahridwan Ramli (Manchester)
Afif Satari (Leicester)
Muhammad Firdaus Abdul Rahim (Nottingham)
Mahfuzah Zainol (Cardiff)
Accommodation Manager
Salwa Iwani Abd Aziz (Leeds)
Hall manager
Mohamed Hanafi Bin Mohamed Desa (Leeds)
Chairperson
Muhammad Faisal Zulkifli (Nottingham)
Logistic Manager
Akmal Amri (Warwick)
Documentation
Muhammad Syakir Na’im Abdullah(Lancaster)
Registration Officer
Alia Salleh (Warwick)
Protocol Officer
Nur Deena Khalid (Surrey)
Special task
Nur Aqilah Nadzirah (Sheffield)
Kitchen Manager
Mahfuzah Zainol Abidin (Head Chef, Cardiff)
Nurul Atikah Abdul Hamid (Belfast)
Dayang Nurhadziah Abang Saufi (Cardiff)
Syafiqah Sulaiman (Bath)
Amni Safiah binti Abdul Halim (Newcastle)
Nur Khafizah (Sheffield)
Wan Syazzawani Wan Omar (Belfast)
Izzati Yussof (Cardiff)




“Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran , menjadi petunjuk bagi sekalian manusia , dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah “. Al-Baqarah :185
“Fuh , siap pun tutorial ni”, Bisik hati Adi . Tetapi riak mukanya berubah apabila melihat reminder yang ditampal di hadapanya kerana begitu banyak kerja yang masih belum terlaksana.
”adoiaaa, banyak lagi jugak yang tak siap ni , fuh , dugaan betul”, keluhan Adi berseorangan memecah kesunyian bilik itu. Tapi dia masih mampu tersenyum kepada sahabatnya yang secara tiba-tiba meluru masuk ke biliknya.
Dengan mengurut kedua belah bahu Adi , “ Oip, jom main badminton jap g . Nak ? “, soal Syahmi.
Adi yang masih mempunyai banyak homework tertunggak seakan-akan keberatan untuk menerima ajakan itu. Namun , dia masih bersetuju demi menjaga ukhwah dengan sahabat nya itu.
Kehidupan di perantauan memang menjadi satu cabaran kepada seorang muslim , tambahan pula hanya sahabat-sahabat yang akan menjadi tempat mengadu dan akan menjadi teman anda dalam apa jua keadaan.
Selepas selesai solat asar berjemaah , Din yang menjadi imam pada petang itu terus mengapai sebuah buku kecil di atasa rak dan menyelak beberapan halaman . Lalu dibacakan sepotong hadis :
“Sekiranya hamba-hamba Allah mengetahui kelebihan yang ada pada Ramadan , pasti umatku mengharapkan pada tahun seluruhnya menjadi Ramadan “. Direkodkan oleh Ibnu khuzaimah dalam sahihnya.
Setelah bersiap, dua sahabat itu bergerak menuju ke bus stop yang mengambil masa 5 minit berjalan kaki.
“eh bus dah smpai !” , kata Syahmi . Dengan menggunakan kudrat yang ada , mereka berlari mengejar bus kerana bus di Manchester tidak menunggu lama.
Sepanjang perjalanan yang sepatutnya mengambil masa 5 minit , tetapi menjadi 15 minit kerana traffic light begitu pantas menukar warna .
Adi menyuarakan sesuatu kepada sahabatnya itu .
“Eh , tadi time Din baca hadis tu kan , baru aku sedar yang bulan puasa dah dekat la “, kata Adi
”Haa, betul-betul .. aku pun baru sedar .. dah la kali ni kita puasa kat sini.. lambat la bukak puasa nampaknya”, balas Syahmi dengan ketawa kecil.
“Tapi kan , tahun ini pasti berbeza bagi aku .. “, Adi merenung keluar tingkap.
“eh , asal lak?”, Syahmi ingin mendapatkan penjelasan .
“Sebab, kalu Ramadan yang lepas, aku melaluinya sebagai seorang muslim yang mendapat Islam dari keluarga dan hanya sekadar mengamalkan apa yang diamalkan oleh insan lain, tapi kali ini.. aku terasa seolah-olah aku telah menjadi seorang muslim yang baru .. bukan muslim yang hanya warisan keluarga .. aku seolah-olah telah tahu dan faham kenapa aku menganut agama Islam ..” jawab Adi dengan penuh jiwa dan raga.
“Haa, Alhamdulillah kalo begitu .. sebenarnya .. bukan ko sorang je yang rasa begitu .. ada banyak lagi orang diluar sana yang pernah lalui apa yang ko lalui ni “, tambah Syahmi.
“Eh dah sampai la pulak , jom-jom .. kali ini aku kita pasti menang ngan double veteran tu “, kata Syahmi dan dibalas dengan senyuman oleh Adi.
Sepanjang perjalanan itu , Adi merasakan yang Ramadan kali ini pasti berbeza dengan Ramadan yang lepas.Sedangkan aku juga pasti .. bahawa semua umat islam inginkan Ramadan yang terbaik dalam hidup mereka..
Tapi , bukan tujuan aku juga untuk menulis hanya sekadar untuk mengisi ruang-ruang kosong dengan perkataan ataupun hanya sekadar mengikut trend semasa golongan muda masa kini. Bagi aku , setiap penulis ada agenda yang hendak disampaikan dan setiap blog mempunyai identitinya yang unik .
Sebentar tadi ketika menonton Buletin Utama , tersiar berita mengenai statement yang dikeluarkan oleh TG Nik Aziz mengenai satu isu yang dimuatkan dimuka hadapan sebuah surat khabar hari ini. Cumanya , apa yang menarik perhatian aku ialah gesaan satu pihak kepada Majlis Fatwa Negara untuk mengeluarkan something so that everyone can use it to point their fingers to TG and perhaps blaming him or whatever . Sedangkan mereka hanya sekadar memejam mata apabila berhadapan dengan isu-isu yang sepatutnya Majlis Fatwa dah berkurun mengambil tindakan .
Tidak berniat untuk mengata atau membantah sesiapa , Cuma nya aku pasti bahawa semua rakyat yang berfikiran rasional sepatutnya sedar akan apa yang sedang berlaku .
Akan kita terima semua ini sebagai ujian dari Allah s.w.t .Jikalau kita lihat dalam surah Al-Ankabut ayat 2-3 . Allah s.w.t berfirman :
Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan ,”Kami telah beriman “, dan mereka tidak diuji ?.
Dan sungguh , Kami telah menguji orang-orang sebelum mereka , maka Allah pasti mengetahui orang-orang yang benar dan pasti mengetahui orang-orang yang dusta.
Jiakalau kita renung kembali sejarah, setiap yang ingin membawa Islam pasti akan diuji dengan pelbagai cabaran dan dugaan . Sunnahtullah perjuangan jika kita diuji kerana dengan itu akan membawa dan mendekatkan hati kita dengan Allah s.w.t . Lumrah manusia akan berpaling kepada yang lebih berkuasa ketika mengharung cabaran .
Teruskan usaha kepada para pejuangan agama , kerana kemenangan Islam itu pasti dan aku mengharapkan supaya dapat menjadi saksi kepada kemenangan itu .... inshaAllah.. kepada sahabat-sahabat sekalian , hargailah masa yang tinggal bersama keluarga sebaiknya ..


Aku kecewa kerana tidak berjaya mendapatkan novel Sultan Muhammad Al-Fateh , brother tu lupa nak bawak . Tapi akan ku cuba dapatkan online ( yeah !). Pada pandangan aku , novel seperti ini patut diketengahkan ke dalam masyarakat especiall remaja . Tapi .. apakan daya , pandangan ini terkubur di page ini sahaja . Well , selamat menyambut ramadhan and salam satu Malaysia ( dengan nada pengacara TV di RTM 1 ) ..

Demi memutuskan untuk membatalkan SOP disaat-saat akhir yang ternyata mengecewakan kebanyakan orang ( especially riak muka ajah malam meting tu ) , satu meting terpaksa kami lakukan ketika di MOC . Last2 , semua sepakat untuk cancel atas dasar mengutamakan program dimasa hadapan .

SOP dalam kenangan ( aku curik dari ajah )

Sekarang usia sudah mencapai 21 tahun , tapi apa yang telah aku lakukan kepada agamaku selama 20 tahun lebih hidup sebagai insan yang bergelar muslim . Satu soalan yang aku sendiri tertunduk bila memikirkannya . Kerana tidak banyak yang telah aku lakukan , tambahan pula dibelenggu dengan nafsu-nafsu dunia .
Aku bersyukur dengan anugerah terindah yang telah dikurniakan apabila aku terjaga dari buaian dunia ini yang sangat mengasyikkan . Tambahan pula aku tidak pernah keseorangan dalam jalan ini . Sahabat-sahabat yang senantiasa menyokong , dan bersama-sama mengharungi proses takwin yang semestinya sukar . Kerana bukan mudah untuk mematahkan godaan-godaan syaitan , bukan mudah untuk menundukkan jahiliyyah didalam diri ini . Ingin diucapkan tahniah kepada sahabat-sahabat yang sama-sama terjaga dari buaian syahdu yang selama ini mengaburi mata dan menutup jalan kebenaran yang telah terbentang luas dihadapan kita semua ...
Ingatlah , proses pembentukan ini memerlukan kita untuk sentiasa mengingati-Nya . Kerana dari-Nya kita datang dan kepada-Nya kita akan kembali . Hidayah yang dikurniakan kepada kita juga datang dari-Nya ..
Usah khuatir dengan cabaran duniawi , Allah s.w.t akan sentiasa memberikan kekuatan kepada hamba-Nya yang ingin berjuang dijalan-Nya . Dugaan itu juga adalah tarbiyyah dari Allah s.w.t . Ikhlaskan hatimu wahai sahabat , kuatkan langkahmu , mantapkan imanmu , tiada nikmat yang terindah selain dari rahmat Allah s.w.t . Pupuklah perasaan gementar didalam hati apabila disebut nama Allah dihadapanmu wahai sahabat . Firman Allah s.w.t
“Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan dirinya dari keinginan hawa nafsunya, maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya” Surah AL-Nazi’at ayat 40-41 .
Renungkanlah kisah para sahabat Rasulullah yang telah menjadi saksi kebenaran dan kekuasaan Islam . Sedangkan sejarah membuktikan empayar Rom dan Parsi pernah tunduk kepada kekuasaan Islam dengan izin tuhan .. tidak mustahil .. kita akan gemilang kembali ! .. Janji Allah itu pasti ..

Jika kita berhajat untuk membuangkan karat-karat jahiliyah dalam diri , kekosongan yang terhasil perlulah diimbangi dengan mengisi kebaikan .. Penyucian Jiwa ataupun Tazkiyatun-Nafs adalah keperluan setiap insan .. dan Allah s.w.t telah berfirman dalam surah al-Syams : 9, 10
"Sungguh bahagia orang yang membersihkanya(jiwa), dan sungguh celakalah orang yang menipunya"
Dan antara perkara yang paling mencabar ialah .. Istiqamah .. mampukah nak menghadapi celaaan orang .. kerana apabila kita menceburkan diri dijalan ini,..rintangan-rintangan sudah pasti ada .. cukup matangkah kita untuk menghadapinya?.. tambahan pula ada diantara kita yang sama-sama berjuang tapi sering bertelagah antara satu sama lain .. Janganlah kita menghabiskan masa kiat yang sepatutnya digunakan bagi mengerah sepenuh tenaga untuk menyebarkan kebenaran dengan berbalah antara pasukan-pasukan yang mempunyai niat yang sama .. Allah s.w.t juga telah berfirman dalam surah al-Anfal : 46
"Dan taatilah Allah dan taatilah RasulNya , dan janganlah kamu berbalah-balah , maka kamu akan gagal dan kehilangan kekuatan kamu . Bersabarlah kamu , sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar "

Assalamualaikum ..
Haa, ada satu lagu dari kumpulan ape tah tajuk dia anugerah terindah . Boleh tahan la lagu tu .. tapi satu persoalan . Apakah anugerah terindah dalam diri anda?.. of course setiap orang akan memberikan jawapan dan pandangan yang berbeza .
Nikmat ISLAM dan IMAN sudah pasti akan senatiasa menjadi satu anugerah yang terindah bagi seorang muslim . Saat kita dilahirkan dan menemui dunia ini dengan laungan azan dan iqamah , sudah dijanjikan berbagai nikmat dengan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah s.w.t.. akan tetapi , ada insan yang tenggelam dalam nikmat lain .. nikmat duniawi yang penuh dengan tipu daya ..
Kuasa memberi hidayah hanya lah tertakluk kepada yang Esa .. bagi sesetengah orang .. anugerah terindah apabila saat dia berubah .. mendapat hidayah ilahi .. saat bermulalah satu kisah hidup yang dipenuhi dengan tarbiyah .. serta melatih diri seiring dengan niat menyampaikan kepada insan-insan yang masih terleka dan terlena dibuai arus duniawi ..
Umat Islam tidak akan berjaya selagi tidak kembali berpegang kepada Al-Quran dan Assunnah
sabda Rasulullah :
"Telah ku tinggalkan bagi kamu sekalian dua perkara , kamu tidak akan sesat selama kamu berpegang teguh dengan keduanya , iaitu kitab Allah dan Sunnah Rasul-Nya " ( Malik ) ..
Bagaimana keadaan kita sekarang? dalam suasana masyarakat yang bercampur aduk dengan segala amalan yang tidak tahu asal usul yang disangkan sunnah Rasul . Segala perkara-perkara ayng ditokok tambah dalam ibadah ..mungkinkah Islam yang kita anuti sekarang sudah tidak suci lagi ?.. nilailah dengan mata hati sendiri . tanpa ilmu yang sahih kita akan terus tenggelam dan tenggelam ..

Assalamualaikum ,
Pernah tgk cerita soal hati?.. hehe.. bukan nak bercerita mengenai kisah melayu yang dibintangi Afdlin tu , tapi ingin membicarakan soal hati yang sebenar-benarnya . Sabda rasulullah saw,
(Riwayat Bukhari & Muslim)
InshaAllah , berdoalah kita supaya hati kita sentiasa bersih dan tidak dicemari tompok-tompok jahiliyyah . Tidak mustahil untuk kita membuang segala karat-karat jahil dalam diri ini, mulalah dengan hati kerana hati itu adalah raja kepada semua anggota kita . Tingkatkan amal kita, jauhi perkara-perkara maksiat kerana perkara yang sedemikian memadamkan nur Allah s.w.t dan dan yang penting , ISTIQAMAH ..


Dalam kita ingin berjuang dan mendidik serta mengajak ini , pasti ada antara kita yang akan terasa apabila setiap perbuatan kita dinilai dan dibandingkan . Tapi , cuba kita setkan .. biar segala usaha kita hanya Allah s.w.t yang akan menilai . Kalau macam tu , pasti kita akan terus berusaha dengan sebaik mungkin tanpa kita ragu-ragu..
Tidak dinafikan , memang sebagai insan yang lemah kita akan kadangkala terasa apabila ada yang menegur itu dan ini .. tapi Allah s.w.t suka untuk mendengar rintihan hamba-Nya .. memang kadang-kadang takdir menyakitkan . Tapi itu hanyalah bertujuan supaya maha pencipta dapat mendengar rintihan hamba-hambaNya .. dan pastinya you are not the only one yang merasakan begitu .. sesiapa sahaja pernah merasakan bahawa tiada kata-kata dapat diunggkapkan hanya titisan air mata sahaja yang menjadi bukti..
Bukan mudah untuk orang menerima kita dengan apa yang kita nak sampaikan , tapi usaha adalah segala-galanya . Selebihnya tawakkal kepada Allah s.w.t kerana naluri setiap insan untuk mengharap kepada yang lebih berkuasa dalam sesuatu perkara .
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda:
“Islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. Dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” [Hadith Muslim no. 145]
Ketika islam mula-mula datang , macam-macam cemuhan dilemparkan kerana keasingan atau sesuatu yang baru akan tetapi membawa makna kedalam kehidupan masyarakat pada ketika itu .. kalau kita lihat kehidupan Rasulullah s.a.w .. ketika waktu malam .. akan diluangkan masa baginda untuk bersama-sama dengan Allah s.w.t .. inilah keperibadian kekasih Allah yang sepatutnya kita semua ikuti .. huhu..
So , semoga terus thabat ya wahai sahabat ..

Assalamualaikum ,
Mungkin ada yang tertanya tanya .. kenapa orang suka tulis blog macam ni kan .. sebab kalu nak tulis benda-benda agama ni .. baca buku pun boleh .. ini pasti terlintas difikiran sesetengah orang .. well, it's not about showing or whatever .. it's about responsibility .. tanggungjawab yang berat yang perlu ditanggung .. memang tak semua orang boleh rasa apa yang orang lain rasa dan fikir .. tapi hidayah adalah hak Allah s.w.t ... mungkin masanya belum tiba lagi ..
Kadang-kadang termenung terfikir , mampukah aku nak terus mengajak dan mengajak ni kan .. tapi ini bukan soal boleh ke tak kalau aku tak buat .. tapi soal aku kena buat .. kerna firman Allah dalam surah Al-Muddassir : 2 " Bangunlah , lalu berilah peringatan !" .. kepada kawan-kawan ku diluar sana ..semua akan terasa betapa beratnya tanggungjawab ini bila tiba masanya .. bagi yang dah rasa tak kira bila .. inshaAllah kita sama-sama teruskan ..peringkat takwin memang akan memakan masa .. tetapi .. demi sebuah perjuangan yang kekal abadi inshaAllah ..

Dunia indah di ciptakan menawan hati
Kadang menggoda
Jelita di pandang terasa harum
Semerbak mewangi bunga dunia
Mencinta tiada akhirnya
Merindu menjadi pilu
Mendamba entah pastinya
Terlena hampa sembilu
Wahai diri berapa lama lagi
Kau terus begini
Terus menghianati
Kapankah lagi
Engkau khan kembali
Berserah diri
Setulus sepenuh hati
Tundukan pandangan mata dan hatiku
Dari gemerlap dunia yang palsu memperdaya jiwa
Ku memohon kepadamu Yaa Rabbi
Selamatkanlah duniaku dan akhiratku yang pasti
Ampuni dosa khilafku
Dimasa laluku kini dan nanti

Sekarang ialah masa untuk kembali memahami dan mendalami asas-asas islam , Asas-asas kefahaman islam yang telah lama bercampur aduk dalam masyarakat kita .Sejauh mana kita menjaga solat kita?.. Kalau solat pun tidak terlaksana , tak malu ka kita untuk berdoa kepada-Nya meminta pertolongan dan keampunan ?.. dalam kitab suci Al-Quran surah Al-Ankabut : 45
"Sesungguhnya solat itu mencegah daripada (perbuatan-perbuatan ) keji dan mungkar".
maka tidak hairanlah kalau kita tengok berita dan naskah-naskah surat khabar tertera masalah-masalah sosial yang tidak sepatutnya ada dalam negara yang mengkonsider status negara islam. Tidak perlu selidik panjang-panjang , penyelesaian yang ada di depan mata. Ikatan kita dengan tuhan sudah tidak kuat lagi , kerana kita tidak mengambil Islam itu secara menyeluruh. Agama pada sesetengah kita hanya bila kita berada disurau atau masjid atau menghadiri majlis-majlis agama. Sedangkan malaikat yang menulis segala amalan kita tidak hanya mencatat amalan kita pada ketika kita berada dalam rumah Allah semata-mata . Sesungguhnya setiap dasar syariat islam adalah bukan untuk menyusahkan. Firman Allah dalam surah al-maidah ayat 6
"Wahai Rasulullah , apakah Ad-Din itu?. Baginda menjawab : Akhlak yang baik "
Sungguh , onak duri itu bukan senang utk kita harungi , tapi kita bukan keseorangan dalam jalan ini .. seperti mana Rasulullah s.a.w bersama-sama sahabat-sahabat baginda .. kita juga ada sahabat-sahabat yang akan senantiasa bersama kita inshaAllah .. dan yang penting .. Allah akan sentiasa bersama kita dalam apa jua keadaan ..

- ........
- Seorang hamba Allah yang masih menuntut di MAN.U .. InshaAllah akan menjadi seorang pendidik anak bangsa dan akan senantiasa menjadi pejuang bersama-sama para sahabat .. Dilahirkan pada 4 November 1988 .. di Hospital Besar Aloq Setaq .. Bekas pelajar SEK.MEN.SAINS.TUANKU SYED PUTRA , Perlis .. Juga Bekas Pelajar KYUEM batch 06/08 House of TOPAZZZ..
-
Forensic7 years ago
-
-
-
‘Ibrah Daripada PJJ9 years ago
-
-
Lose + Learn11 years ago
-
False neutrality12 years ago
-
-
Negara Tanpa Tentera13 years ago
-
Hadith 32 - Jangan memudaratkan13 years ago
-
Beauty of Dakwah13 years ago
-
-
-
-
Internship time!14 years ago
-
-
Kanashimi Wa Kitto14 years ago
-
Hectic life15 years ago
-
-
-
-
-
-
-
-
-